CERPEN KASUT KELOPAK JANTUNG
(Ghazali Lateh)
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang guru bernama Cikgu Harun yang sering menerima sebuah bungkusan hadiah tidak bersetem tanpa kiriman melalui pos daripada seseorang setiap kali tanggal 16 Mei atau menjelangnya Sambutan Hari Guru. Walaupun beliau tahu penghantarnya, tetapi timbul seribu satu persoalan dalam dirinya tujuan sebenarnya kiriman hadiah tersebut. Bungkusan hadiah tersebut telah membuatkan Cikgu Harun teringat akan pengalamannya mengajar di sebuah kampung di pedalaman sejak lebih tiga puluh tahun yang lalu.
Sewaktu mengajar di sebuah sekolah berkenaan, beliau mengajar murid darjah tiga. Dalam masa yang sama, beliau telah berjumpa dengan seorang murid bernama Ahmad yang sering menimbulkan kemarahan dan menguji kesabarannya. Ahmad seorang murid yang miskin dan selalu tidak berkasut apabila datang ke sekolah selepas selipar jepunnya putus. Hal ini menyebabkan Cikgu Harun berasa amat marah dan kecewa atas sikap muridnya itu kerana apabila setiap kali ditanya, Ahmad akan memberitahu bahawa kasutnya belum dibeli. Bagi Cikgu Harun, sikap Ahmad telah mencabarnya dan mengganggu keceriaan kelasnya.
Sewaktu mengikuti kelas Pendidikan Jasmani, sekali lagi emosi Cikgu Harun tercabar atas sikap Ahmad kerana tidak menukar pakaian sukan dan masih berkaki ayam. Cikgu Harun terus ke pagar sekolah untuk mendapatkan ranting kayu untuk merotan Ahmad. Tiba-tiba, beliau terlihat kelopak jantung pisang yang telah gugur. Akhirnya, Cikgu Harun menyuruh Ahmad memakai kelopak jantung tersebut sebagai kasut. Ahmad berasa sangat malu. Selepas peristiwa itu, dia terus tidak datang ke sekolah. Cikgu Harun berasa bersalah dan bernekad untuk mencari Ahmad di rumahnya. Selepas melihat kesusahan dan kedaifan hidup Ahmad dan keluarganya, perasaanya menjadi sebak dan menangis. Cikgu Harun terus ke bandar untuk membelikan baju dan kasut sekolah baru untuk Ahmad.
Kini, Cikgu Harun sudahpun bersara sebagai guru dan selalu menerima kasut-kasut mahal dan berjenama daripada muridnya, Ahmad yang menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar.
TEMA
Cerpen ini bertemakan cabaran seorang guru dalam menghadapi kesukaran mendidik anak murid yang datang daripada pelbagai latar kehidupan seperti yang digambarkan oleh Cikgu Harun serta kesusahan dan keperitan hidup para pelajar kampung di kawasan pendalaman yang terpaksa mengharungi kepayahan alam persekolahan akibat kemiskinan hidup seperti yang digambarkan oleh Ahmad.
PERSOALAN
1. Persoalan kesukaran hidup guru sebagai pendidik di kawasan pedalaman
Contoh :
Pengalaman Cikgu Harun yang tinggal di bandar terpaksa mengajar di sebuah kampung yang terletak di pedalaman yang penuh dengan kepayahan dan kesusahan hidup serta berbeza dengan latar hidupnya.
2. Persoalan kesungguhan dan ketabahan hidup dalam menuntut ilmu
Contoh :
Ahmad yang datang daripada sebuah keluarga yang daif dan miskin sanggup hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu walaupun keluarganya hidup dalam serba kekurangan dan dia terpaksa berulang-alik ke sekolah walaupun dalam keadaan berkaki ayam.
3. Kesusahan hidup golongan marhaen di pedalaman
Contoh :
Hal ini digambarkan oleh Ahmad yang terpaksa membantu keluarganya mencari duit dengan mengambil upah memetik cili untuk menyara ibunya dan membeli kasut baru.
PLOT
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap tidak mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu :
(i) Permulaan
Permulaan plot menjelaskan tentang persoalan yang bermain difikiran Cikgu Harun berkaitan bungkusan hadiah yang dihantar kepadanya tanpa setem dan kiriman melalui pos. walau bagaimanapun, Cikgu Harun dapat meneka pengirimnya kerana beliau selalu menerima hadiah tersebut terutamanya setiap kali menjelang Hari Guru. Cuma, beliau terfikir dan ragu akan tujuan kiriman tersebut samada pengirimnya benar-benar ikhlas atau ingin memerlinya.
(ii) Perkembangan
Perkembangan plot menjelaskan tentang situasi Cikgu Harun yang kembali mengenangkan rentetan peristiwa antara beliau dengan murid-murid sewaktu beliau menjadi guru selama lebih tiga dekad. Seorang murid darjah tiga bernama Ahmad yang sering menguji dan menimbulkan kemarahannya setiap kali beliau masuk ke kelas tersebut. Perkara ini disebabkan keadaan Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah sepanjang tiga minggu sejak sekolah dibuka disebabkan selipar jepunnya telah putus. Apabila Cikgu Harun bertanya tentang perkara tersebut kepada Ahmad, dia hanya mampu menjawab bahawa kasut sekolahnya belum dibeli. Itulah jawapan yang selalu disebut acapkali Cikgu Harun bertanya tentang kasut sekolah. Hal inilah yang menyebabkan Cikgu Harun hilang sabar dengan Ahmad.
(iii) Klimaks
Cikgu Harun menjadi bertambah berang dan dan marah kepada Ahmad sewaktu Pendidikan Jasmani di padang sekolah disebabkan Ahmad masih tidak menukar pakaian sukan dan tetap berkaki ayam. Cikgu Ahmad berjalan ke tepi pagar sekolah dan cuba mencari sesuatu untuk merotan Ahmad, tetapi beliau terpandang kelopak jantung pisang besar yang gugur di situ. Cikgu Harun terus mengambil kelopak jantung tersebut dan memaksa Ahmad memakainya sebagai kasut dan terus mengikat mengggunakan tali rafia. Beliau mengarahkan Ahmad memakainya sehinggalah anak muridnya itu membeli kasut sekolah baru. Ahmad berasa amat malu dengan dirinya dan kawan-kawannya atas hukuman tersebut sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah.
(iv) Peleraian
Selepas Ahmad tidak datang sekolah selama seminggu, Cikgu Harun mula berasa sangsi dan dia terus berusaha mencari Ahmad di rumahnya. Setelah melihat keadaan ibu Ahmad yang uzur dan rumahnya yang usang, hati dan perasaan Cikgu Ahmad tersentuh. Apabila beliau terpandang Ahmad yang baru pulang dari kebun selepas mengambil upah memetik cili, perasaan Cikgu Harun menjadi terharu dan terusik kerana kasut kelopak jantung yang dipakai oleh Ahmad masih terlekat di kaki dan Ahmad masih memakainya. Cikgu Harun pun segera ke pekan untuk membelikan pakaian dan kasut sekolah baru untuk Ahmad. Akhirnya, selepas tiga dekad, Cikgu Harun bersara dan kini, Ahmad telah berjaya menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.
WATAK UTAMA
Watak Utama
Ahmad
Murid tahun 3.
Seorang yang patuh.
Ahmad seorang yang taat dan patuh akan perintah gurunya yang mengarahkannya agar memakai kasut daripada kelopak jantung pisang sehinggalah dia membeli kasut sekolah baru. Ahmad tetap memakai kasut kelopak jantung tersebut walaupun berada di rumah sehinggalah dia mendapat kasut sekolah baru yang dibelikan oleh Cikgu Harun.
Seorang yang sensitif.
Ahmad terlalu sensitif dan malu apabila memakai kasut kelopak jantung berkenaan dan sanggup menyendiri semasa waktu rehat dan hanya menunggu loceng pulang dari sekolah. Beliau tidak hadir ke sekolah selama tiga minggu kerana malu dengan keadaannya itu.
Seorang yang rajin.
Ahmad selalu hadir ke sekolah untuk belajar walaupun terpaksa berkaki ayam. Dia juga seorang murid yang rajin mencari wang dengan mengambil upah memetik cili di kebun sayur bagi mendapatkan kasut sekolah baru. Dia juga rajin membantu ibunya yang uzur.
Seorang yang mengenang budi.
Ahmad seorang yang sentiasa mengenang budi dan jasa Cikgu Harun dengan mengirim bungkusan hadiah sepasang kasut berjenama yang mahal-mahal.
WATAK SAMPINGAN
Watak Sampingan
Cikgu Harun
Beliau merupakan seorang guru yang berasal dari bandar dan dikehendaki mengajar di sebuah sekolah di kampung yang terletak di kawasan pedalaman.
Beliau seorang guru yang garang dan tegas dengan muridnya.
Beliau merupakan seorang yang mudah marah terhadap muridnya yang tidak mendengar cakap dan arahannya.
Beliau juga seorang guru yang penyabar dan sangat mementingkan kejayaan anak muridnya.
Beliau merupakan seorang guru yang berjiwa sensitif terhadap kesusahan dan kemiskinan hidup yang dialami oleh anak muridnya seperti yang ditonjolkan oleh Ahmad.
Ibu Ahmad
Seorang ibu tua yang sudah uzur
Seorang yang penyayang terhadap anaknya dan mempunyai wajah yang seiras dengan anaknya, Ahmad.
LATAR
Latar Masa
Pada waktu pagi.
Sewaktu sesi persekolahan pagi.
Contoh, Ahmad sering dimarahi oleh Cikgu Harun setiap pagi semasa dalam kelas dan sewaktu Pendidikan Jasmani.
Pada waktu petang.
Ketika Cikgu Harun ke rumah Ahmad untuk mencarinya.
Contoh, Setelah Ahmad tidak hadir ke sekolah selama tiga minggu, Cikgu Harun terus berusaha menjejaki Ahmad di rumahnya pada waktu petang selepas sekolah.
Pada zaman sekarang.
Cikgu Harun telahpun bersara daripada kerjayanya sebagai guru dan Amad telah berjaya menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.
Contohnya, Cikgu Harun selalu menerima bungkusan hadiah kasut dari anak muridnya yang bernama Ahmad setiap kali menjelang Sambutan Hari Guru.
Latar Tempat
Di rumah Cikgu Harun.
Cikgu Harun telah mendapat bungkusan hadiah tanpa setem dan kiriman pos daripada seseoang bersempena Hari Guru.
Dalam kelas darjah tiga.
Tempat Ahmad belajar dan sering dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah.
Di Padang Sekolah
Tempat Ahmad menerima hukuman daripada Cikgu Harun dengan memakai kasut kelopak jantung kerana tidak memakai pakaian sukan dan masih berkaki ayam.
Di rumah Ahmad
Cikgu Harun telah menemui ibu Ahmad yang uzur dan Ahmad yang hidup dalam serba kekurangan dan kedaifan.
Di pekan
Tempat Cikgu Harun membeli keperluan pakaian dan sepasang kasut sekolah untuk Ahmad.
Latar Masyarakat
Masyarakat Guru
Masyarakat guru dari bandar yang mengajar di kawasan pedalaman. Masyarakat ini diwakili oleh Cikgu Harun.
Masyarakat Pelajar
Masyarakat ini diwakili oleh Ahmad, murid darjah tiga. Dia tidak pernah ponteng sekolah cekal dalam menimba ilmu kerana sanggup kberulang alik ke sekolah yang jauh dari rumahnya.
Masyarakat Kampung yang miskin.
Terdiri daripada masyarakat kampung yang hidup dalam serba kekurangan dan diselubungi kemiskinan. Kebanyakannya bekerja kampung.
Masyarakat yang berjaya dan mengenang budi.
Ahmad selalu berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup dan dia selalu menghadiahkan kasut yang mahal-mahal kepada gurunya setiap tahun sebagai menghargai pengorbahan gurunya.
TEKNIK
1. Dialog
Contoh:
“Ahmad, Esok pergi sekolah. Pakai Uniform baru ni,” kata Cikgu Harun. Ahmad menyambut pemberian Cikgu Harun dengan tangannya terketar-ketar.
“Terima kasih, cikgu,” kata Ahmad ketika Cikgu Harun membuka ikatan kasut kelopak jantung yang berjurai-jurai hancur di kakinya. (Teks KOMSAS Halaman 86)
2. Imbas Kembali
Contoh:
Namun sesuatu yang pasti, setiap kali bungkusan itu sampai, Cikgu Harun pun terkesima, membiarkan diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi pendidik di sebuah kampung pedalaman. Lebih tiga dekad lalu, ketika kedaifan masih menjadi sinonim dengan kehidupan marhaen di luar bandar. (Teks KOMSAS Halaman 77)
3. Imbas Muka
Contoh:
Dia tahu jika dia tidak ambil kisah, perkara itu akan berlarutan. Malahan, anak-anak yang
lain pula akan ambil kesempatan. (Teks KOMSAS Halaman 80)
4. Monolog Dalaman
Contoh:
“Jauh juga rumah Ahmad, “ bisik hati kecil Cikgu Harun.
(Teks KOMSAS Halaman 84)
GAYA BAHASA
1. Simile
Contoh :
Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.
(Teks KOMSAS Halaman 80)
2. Sinkope
Contoh :
“Kasut sekolah tak pakai, baju sukan tak bawa! Apa nak jadi dengan kamu ini? Leter Cikgu
Harun setelah melihat Ahmad hanya diam membatu.
(Teks KOMSAS Halaman 81)
3. Metafora
Contoh :
Namun sesuatu yang pasti, setiap kali bungkusan itu sampai, Cikgu Harun pun terkesima,
membiarkan diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi pendidik di sebuah
kampung pedalaman. (Teks KOMSAS Halaman 77)
4. Pengulangan
Contoh :
¬Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu
murid-muridnya berhenti sekolah. (Teks KOMSAS Halaman 83)
NILAI
1. Nilai Ketegasan.
Contohnya :
Cikgu Harun merupakan seorang guru yang tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai
seorang pendidik. Hal ini jelas ditonjolkan akan sikapnya terhadap muridnya, Ahmad.
2. Nilai Bersimpati.
Contohnya :
Cikgu Harun sangat bersimpati akan kesusahan dan kemiskinan hidup Ahmad yang serba
daif dan beliau telah membelikan pakaian dan kasut sekolah yang baru kepada anak
muridnya itu.
3. Nilai Ketabahan.
Contohnya :
Ahmad merupakan seorang cakal dan tabah dalam menimba ilmu meskipun dia berada
dalam sebuah keluarga yang seba kekurangan.
4. Nilai Mengenang Jasa.
Contohnya :
Ahmad tetap mengingati akan jasa Cikgu Harun yang telah banyak berkorban untuknya.
Dia telah mengirimkan kasut berjenama yang mahal sebagai hadiah Hari Guru kepada
Cikgu Harun setiap tahun walaupun telah lama mereka tidak berjumpa.
PENGAJARAN
1. Seseorang guru perlu tegas dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik.
Contohnya :
Cikgu Harun sangat tegas dan berdisiplin dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang
guru. Beliau amat memandang serius terhadap murid-muridnya yang tidak mematuhi
peraturan sekolah.
2. Seseorang murid perlu mendengar dan mematuhi setiap arahan guru.
Contohnya :
Ahmad tidak membantah akan arahan yang diberikan oleh Cikgu Harun terhadapnya
agar memakai kasut kelopak jantung walaupun dia tidak suka dan malu dengan kawan-
kawannya.
3. Setiap orang perlu mengenang dan menyanjungi setiap jasa seseorang guru.
Contohnya :
Walaupun lebih tiga dekad berlalu, Ahmad masih mengenang dan menghargai jasa
gurunya dengan mengirimkan bungkusan hadiah kepada Cikgu Harun.
4. Kemiskinan dan kesusahan hidup bukanlah menjadi halangan kepada seseorang untuk
menimba ilmu.
Contohnya :
Ahmad selalu hadir ke sekolah untuk belajar meskipun dia hidup dalam serba kepayahan
dan kekurangan disebabkan kemiskinan serta kesukaran hidup yang dialaminya.
LATIHAN
1. Nyatakan tema cerpen Kasut Kelopak Jantung karya Ghazali Lateh.
2. Nyatakan jenis gaya bahasa yang terdapat dalam petikan dibawah :
Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-muridnya berhenti sekolah.
JAWAPAN
1. Tema cerpen Kasut Kelopak jantung karya Ghazali Lateh ialah cabaran hidup seorang guru dalam menghadapi masalah kemiskinan dan kesusahan hidup masyarakat kampung yang tinggal pedalaman.
2. Jenis gaya bahasa yang terdapat dalam petikan ialah pengulangan, iaitu
pengulangan ungkapan kata Mana ada guru yang mahu.