17 November 2010
Bala pasti akan turun bila…
Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:
- Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang tertentu sahaja.
- Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.
- Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).
- Suami taat pada isteri.
- Anak mendurhakai ibunya.
- (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
- (dan) menjauhkan diri dari bapanya.
- Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.
- Orang yang paling hina dikalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.
- Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.
- Arak diminum di merata-rata tempat.
- Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).
- Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
- Banyak jenis muzik dimainkan.
- Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.
Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”