25 Disember 2010

TIGA FORMULA HINDARI GANGGUAN MENTAL


Merujuk hasil tulisan ulama terdahulu dari kalangan ulama hadis, sasterawan, para pendidik, pakar sejarah dan juga lain-lain.

Semua mereka bersepakat bahawa ada tiga perkara pokok yang mesti ditempuhi bagi orang yang ingin sembuh dan terhindar dari gangguan mental sekaligus hati menjadi lapang.

1) Sentiasa menggantungkan hati kepada Allah, menyembah, taat dan berserah diri kepada-Nya. Ini merupakan masalah keimanan yang amat penting.

2) Menutup fail-fail masa lalu dengan semua kepedihan dan air matanya, kesedihan dan bencananya, dan kesusahan dan keresahannya. Lalu memulai satu hidup baru dengan hari yang baru pula.

3) Membiarkan masa depan yang masih ghaib tidak menganggu dan melarutkan diri di dalamnya. Juga jauhkan diri dari segala bentuk ramalan yang tidak berasas. Tetapi berusahalah untuk hidup dalam lingkup hari ini sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...