20 Januari 2011

Sial dalam Islam


Sial adalah perkara yang dianggap membawa malang dalam kehidupan manusia. Perkara ini adalah perkara yang telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi.Firman Allah,Tafsirnya: Sesungguhnya apabila kerabat firaun mendapat kesenangan mereka berkata "Ini adalah kerana memang layak untuk mendapatnya" dan sekiranya mereka ditimpa kesusahan maka mereka akan mengatakan ini adalah sial daripada Musa. Ketahuilah sesungguhnya ini adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah; tetapi mereka tidak mengetahui.(131-Al-A'raf)

Contoh perkara-perkara yang dianggap sial oleh masyarakat dahulu dan kini.

Burung hantu.
Sebahagian masyarakat percaya bahwa bila burung hantu hinggap di rumah maka akan berlakunya musibah.Nabi bersabda, Maksudnya: "Tidak boleh mempercayai burung hantu membawa sial(HR Bukhari dan Muslim)

Bulan safar.
orang arab mempercayai bahawa bulan safar adalah bulan sial yang membawa malang. Islam melarang kepercayaan ini. Nabi bersabda, Maksudnya: Tidak benar kepercayaan bulan safar adalah bulan yang membawa sial.(Hr Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi kepercayaan benda-benda sial ini dalam bangsa melayu kita seperti biawak lalu membawa musibah dan lain-lain.Kepercayaan ini adalah dilarang sama sekali. Nabi s.a.w bersabda:"Kepercayaan terhadap perkara yang membawa sial adalah syirik"(Hr Abu Daud dll). Menjadi tanggugjawab kita untuk membasmi perkara-perkara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...