16 Mac 2011

Tarikh Lahir Mengikut Kalendar Islam


Di Malaysia semua urusan dijadualkan berdasarkan tahun Masihi atau kalender Gregorian. Cuma perkara yang berkaitan dengan Islam akan ditentukan bersandarkan tahun Hijrah atau kalendar Islam. Malah kehidupan kita sehari-haripun banyak bergantung kepada kalendar Gregorian. Walaupun begitu tidak dinafikan ramai umat Islam yang merujuk kepada kalendar Islam untuk urusan mereka terutama yang berkaitan dengan ibadat.

Bilakah tarikh lahir anda? Pasti anda tahu tetapi tahukah tarikh lahir anda mengikut kalendar Islam? Untuk pengetahuan jika umur anda dikira menggunakan kalendar Islam, umur anda lebih tua daripada yang anda fikirkan. Ini kerana kalendar Islam kurang kira-kira 11 hari dari kalendar Gregorian dalam setahun.

Anda boleh menyemak tarikh lahir anda mengikut tahun Hijrah di laman web berikut:
Islamic Dates

Setelah anda mengetahui tarikh lahir anda dalam tahun Hijrah, cubalah kira umur anda pada tahun ini. Sudah pasti umur anda sekarang beberapa bulan atau tahun lebih tua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...