11 April 2012
Yang di-Pertuan Agong Ke-14
Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon akan berlangsung dengan penuh adat istiadat Diraja di Balai Rongseri Istana Negara pada 11 April 2012. Baginda akan mencipta sejarah dalam sistem beraja di negara kita dimana baginda adalah satu-satunya Sultan/Raja yang ditabalkan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong semenjak Sistem Giliran memegang jawatan dikalangan sembilan Sultan dan Raja diamalkan selepas kemerdekaan Malaysia pada 1957. DIRGAHAYU TUANKU.