14 Mei 2012

4 Golongan Dibenci Allah

Rasulullah s.a.w. menjelaskan, ”Empat macam orang yang dibenci Allah, iaitu penjual yang suka bersumpah, orang miskin yang sombong, orang yang sudah tua berzina, dan imam (pemimpin) yang zalim.” (HR Nasa’i dari Abu Hurairah). 
 
Ada sesetengah penjual atau peniaga yang suka bersumpah bohong dalam jual-beli mereka untuk meyakinkan para pembeli dan mendapatkan keuntungan yang lebih. Misalnya mereka bersumpah mengatakan “Wallahi aku beli barang ini dengan harga RM10, sebab itu aku jual RM12″, (sedangkan mereka beli dengan harga RM8).

Orang miskin yang sombong dibenci kerana mereka tidak kenal diri dan sepatutnya mereka lebih merendah diri. Kata orang “dah la miskin, sombong pulak tu” 

Orang tua yang berzina juga dibenci kerana mereka ini kurang desakan berbanding golongan muda. Kata orang Melayu “dah tua tu buatlah cara tua”.

Pemimpin atau imam yang zalim dibenci. Dalam sebuah hadith disebut “Kamu suka sangat hendak menjadi pemimpin padahal ia boleh menyebabkan dukacita dan rugi besar di akhirat”. Dua orang yang dibelenggu diakhirat (sekiranya tidak menjalankan tugas dengan adil) ialah pemimpin (yang mempunyai 10 orang dibawahnya – apa jua pimpinan) dan hakim. Hanya kebaikan yang dilakukannya mampu membebaskan ia dari belenggu itu.
Tidak ada satu pun penguasa yang menanggung keperluan umat, melainkan di hari kiamat nanti, ia akan dibelenggu tangannya (sendiri) di atas lehernya, lalu (apakah ia mampu) dilepaskan oleh keadilan atau dilarikan oleh kezaliman..(HR. Ahmad dan Ibnu Hibban
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...