Diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khudri r.a. :
Masa zaman Rasulullah s.a.w dulu ada seorang sahabat yang bernama Abu
Umamah. Dia sangat miskin dan setiap hari (siang dan malam) dia tinggal di
masjid. Cerita perihal keanehan pada diri Abu Umamah diketahui ramai sehingga
Rasulullah s.a.w juga tahu. Baginda memanggil Abu Umamah dan bertanya kenapa
dia bersikap begitu. Lalu, Abu Umamah pun cerita tentang betapa banyaknya
hutang yang tak dapat dibayarnya sampai tak boleh nak balik dan tinggal kat
rumah.. Bila dengar penerangan dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w merasa sungguh
hiba dan berkata, "Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat? Amalkanlah dengan
baik setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu
kelonggaran"... Rasulullah s.a.w terus membaca doa di atas.
Abu Umamah mendengarnya dengan baik dan dia membaca kalimat yang
diajarkan oleh Rasulullah s.a.w itu siang dan malam dengan penuh yakin bahawa
Allah akan memberi kelonggaran kepadanya. Lepas beberapa hari, kesedihan dan
kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurang dan akhirnya hilang semua sekali dan
terbuka mindanya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi
usahawan yang berjaya sehingga semua hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya
dan dia menjadi orang yang kaya raya.