Hukum perbuatannya?
1."Hadith riwayat al-Bukhari daripada Rasulullah daripada Jabir: Telah lalu di hadapan kami jenazah, lalu Nabi SAW berdiri, kamipun berdiri juga, lantas kami katakan kepada Baginda bahawa jenazah itu adalah jenazah orang yahudi. Baginda berkata: Apabila kamu melihat jenazah maka hendaklah kamu berdiri."
2."Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: Apabila kamu melihat jenazah hendaklah kamu berdiri, dan jangan kamu duduk sehingga jenazah itu membelakangi (meninggalkan) kamu atau sehingga jenazah itu diletakkan. dalam lafaz yang lain menurut riwayat muslim: Jika kamu mengikuti jenazah itu maka janganlah kamu duduk sehingga jenazah itu diletakkan"