03 Mei 2013

PRU 13 : MULIAKAH KITA



Hadis Nabi maksudnya: `Ulama’ adalah pemegang amanah Allah ke atas hamba-hambaNya.’ Hadis hasan riwayat Ibnu Asakir dan Qhudaie.

Dalam hadis yang lain pula Rasululllah S.A.W. menyebutkan, maksudnya : `Sesungguhnya perumpamaan ulama’ di atas muka bumi ini seperti bintang-bintang di atas langit yang menjadi panduan dalam kegelapan di darat mahupun di lautan.’ Hadis hasan riwayat Al Ajuri dari Anas ‘

Seterusnya sabda Rasulullah S.A.W., maksudnya : ‘Para ulama’ adalah penegak amanah para Rasul selama mana tidak dipengaruhi oleh pemerintah dan tidak haloba dengan dunia, apabila mereka sudah dipengaruhi pemerintah dan haloba dengan dunia, berwaspadalah kerana mereka telah mengkhianati Rasul .’ Hadis hasan diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.

Sabda baginda lagi, maksudnya : ‘Aku ingatkan kamu untuk berlindung dengan Allah dari kepimpinan orang bodoh. Ditanya apakah itu kepimpinan orang yang bodoh? Pemimpim-pemimpin yang datang selepas aku, tidak mahu mengambil petunjukku dan melaksanakan sunnahku maka barang siapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman, bukanlah mereka dari golonganku dan aku bukan dari mereka dan mereka tidak akan dapat mendekati telagaku, tetapi barang siapa yang tidak membenarkan pembohongan dan tidak menolong kezaliman mereka, mereka adalah golonganku dan aku dari golongan mereka dan mereka akan, mendekati telagaku .’ Hadis riwayat An-Nasaie,At-Tirmizi dan Al-Hakim.

Sabda Nabi lagi maksudnya : ‘Seafdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan hak di hadapan pemnerintah yang zalim.’ Hadis riwayat Ibnu Majah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...