Adakah Yakjuj dan Makjuj daripada
manusia?
Kedua-duanya daripada umat
manusia. Iaitu dua kabilah. Dikatakan daripada Yaputh bin Nuh. Ini dikuatkan
lagi daripada hadis Bukhari.
Apakah sifat Yakjuj dan Makjuj?
Antara sifat mereka ialah kekuatannya yang amat luar biasa ,mata mereka
sepit, banyak bulu pada badan mereka dan jumlah mereka tersangat ramai.
Bilangan Yakjuj dan Makjuj? Bilangan
mereka teramat ramai. Ini berdasarkan hadis di mana bilangan mereka tanpa
diketahui jumlahnya. Dalam hadis al-Hakim melalui kitabnya al-Istadrakh
menyebut: Manusia
dibahagikan kepada 10 juzuk dan 9/10 daripadanya Yakjuj dan
Makjuj sedangkan sejuzuk
yang lain adalah semua makhluk atau manusia.
Apakah agama Yakjuj dan Makjuj? Mereka adalah yang kufur dengan Allah. Kalaulah tidak, nescaya tidak
dihukum ke atas
mereka serentak. Ini berdasarkan mafhum hadis.
Tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj?
Berdasarkan
riwayat hadis, mereka dikurung dan disekat antara dua gunung yang besar di
Turki. Apabila mereka keluar, mereka terus menuju ke Laut Mati dan meminum
semua air
tersebut. Kemudian mereka menuju ke Baitul Maqdis, Palestin.
Bilakah mereka keluar?
Mengikut riwayat yang sahih mereka keluar pada zaman Nabi Allah Isa bin
Maryam selepas
turunnya Nabi Isa dan dia membunuh Dajjal dan ketika itulah
keluarnya Yakjuj dan Makjuj
menyebabkan Nabi Isa telah membawa bersamanya orang
yang beriman ke gunung yang
berhampiran iaitu gunung Thur. Ini bertujuan untuk
berlindung kerana ramainya jumlah Yakjuj
dan Makjuj seperti ombak laut yang
tidak diketahui hujung dan pangkalnya.
Tempat tinggalnya sekarang?
Sekarang ini
dengan kemudahan teknologi bahkan melalui udara dan satelit yang mungkin
dapat
mengesan tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj. Dalam hal ini, kudrat Allah SWT yang
boleh
melakukan apa saja. Berdasarkan nas hadis menunjukkan mereka berada di
dalam tanah dan
percubaan untuk keluar berlaku dari semasa ke semasa. Samalah
seperti kita beriman
adanya jin dan di manakah mereka.
Bagaimana cara Yakjuj dan Makjuj
dibinasakan? Mengikut riwayat Nawwas bin Sam’an bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dibala
dengan leher
mereka dimakan ulat dan mereka mati serentak, selepas itu Nabi Isa
dan pengikutnya turun ke
bumi. Mereka tiada tempat kerana dipenuhi jasad Yakjuj
dan Makjuj dan bau jasad mereka
yang tidak baik. Kemudian Allah SWT utuskan
burung seperti leher-leher unta memakan dan
membawa mereka mengikut kehendak
Allah SWT. ramai.