03 November 2013

PRK Sg Limau : Selamat Mengundi



PAS dijangka akan dapat mengekalkan penguasaan di DUN Sungai Limau dalam pilihan raya kecil kali ini, namun dengan majoriti berkurangan berbanding 2,774 undi pada 5 Mei.

Jangkaan ini antara lainnya berdasarkan kempen BN dengan jentera yang lebih agresif dan lebih tertumpu berbanding pilihan raya umum sebelum ini.

Pada majlis 'Himpunan peladang, penternak dan nelayan Mada 2013' pada 26 Oktober lalu yang rata-ratanya pengunjung terdiri daripada orang melayu, BN mengagihkan 5 kilogram baja percuma, anak pokok jambu dan mempelam serta 20 ekor anak ayam kepada hadirin.

Namun, usaha ini dijangka masih belum memadai untuk memujuk penyokong tegas PAS untuk mengubah sokongan mereka.

Selain itu, BN memberikan bantuan berjumlah RM2.25 juta kepada tiga buah sekolah Cina serta tabung pendidikan Cina di Sungai Limau.

Kehadiran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Sungai Limau dua hari lalu serta anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang semalam yang mengingatkan pengundi agar "menjaga air muka" mereka daripada mengundi BN mungkin mampu mengekang peralihan undi itu.

Jika PAS kekal mempertahankan kerusi Sungai Limau, ia akan menjadi sagu hati buat parti itu yang terlepas pentadbiran negeri selepas mentadbirnya selama satu penggal apabila menang dalam pilihan raya tahun 2008.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...