30 November 2013

Tahniah : Perlantikan Ahli MT



Umno semalam mengumumkan pelantikan sembilan ahli MT untuk melengkapkan barisan kepimpinan tertingginya, sesuai usainya pemilihan parti pada 12 Oktober lalu dan dalam menghadapj Perhimpunan Agung Umno minggu depan. Pelantikan yang dibuat dan disahkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak itu bagaimanapun hanya diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mereka yang dilantik ialah Nazri Aziz, Hamzah Zainuddin, Sharkar Shamsuddin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias.

Sudah tentu yang paling mengejutkan ialah pelantikan Ustaz Kazim Elias manakala yang lain tidaklah begitu memeranjatkan seperti Dr Asraf dan Prof Ibrahim Abu Shah. Dr Asraf, walaupun menjadi Pengerusi Yadim tetapi beliau memang orang Umno. Ayahnya, Dusuki Ahmad ialah bekas Ahli Parlimen di Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Politik Dr Mahathir dan Dr Asraf juga pernah menjadi calon pilihanraya mewakili BN.

Lantaran itu, pelantikan mereka menduduki kerusi MT tidaklah mengejutkan, ia tidak jauh berbeza dengan pemimpin Umno lain yang turut dilantik itu. Tetapi agak berbeza dengan Ustaz Kazim. Walaupun dalam banyak ceramahnya yang boleh ditonton melalui Youtube, kecondongannya kepada Umno dan kerajaan agak jelas, tetapi keahliannya dalam Umno masih belum pasti. Ramai yang mengatakan beliau bukanlah ahli Umno dan dalam sebuah ceramahnya juga, Ustaz Kazim ada mengaku beliau bukanlah ahli Umno.

Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, beliau tidak peduli kepada hal-hal lain kerana dalam hatinya hanya ada Allah saja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...