16 Disember 2013

Ziarah Nizam

Dalam sebuah hadis  yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata: 

Maksudnya: “Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi  wasallam bersabda:   “Hak seorang muslim ke atas muslim (yang lain) ada lima perkara, iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menjawab (menghadiri) undangan dan  mendoakan orang bersin.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Terdapat banyak hadis yang menyebutkan tentang kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam: 

Maksudnya: “Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di  dalam syurga!”.  
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat  mu’akkadah iaitu  sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang  sakit tidak hanya  terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan  juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang  yang pernah menyakiti kita. 
  
Adab Ketika Ziarah
Dalam menziarahi orang sakit, adakalanya kita lupa akan adabadab yang perlu diikut sehingga niat yang baik hanya akan 
membebankan orang sakit dan bukan seperti yang diharapkan.  

Antara adab-adab menziarahi orang sakit yang perlu dijaga  ialah:

1) Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu  ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.  

2) Melakukan ziarah pada waktu yang sesuai. Jangan terlalu lama dan kerap  melakukan ziarah  kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesusahan dan gangguan kepada orang sakit, malah juga kepada orang sakit berhampiran sekiranya berada di rumah sakit. 

Makruh hukumnya melakukan ziarah jika mendatangkan kesusahan atau gangguan kepada orang sakit, menghalang pergerakannya atau membuatkannya berasa tidak selesa. Dianjurkan untuk melakukan ziarah secara berselang agar tidak mendatangkan sebarang kesulitan atau gangguan kepada orang sakit.

Doa yang afdhal ialah membaca doa yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  sebanyak tujuh kali kepada pesakit, nescaya Allah Subhanahu wa Ta`ala menyembuhkannya: 

Maksudnya: “Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung, semoga Dia menyembuhkanmu.”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...