22 September 2009

Potensi Kawasan Pinggir Laut
Kawasan Pinggir Laut di Malaysia mempunyai kepentingan terhadap kegiatan manusia. Antara kepentingan tersebut ialah sebagai :
-Pusat Perikanan
-Tapak Pelabuhan
-Pusat Pelancongan

1.Sebagai Pusat Perikanan
Kawasan pinggir laut yang berteluk dan terlindung sesuai dibangunkan sebagai:
a - Tapak pelabuhan perikanan
b - Tapak perkampungan nelayan
c - Kawasan perikanan

Pembangunan kawasan pinggir laut sebagai pusat perikanan dapat:
a - Menyediakan peluang pekerjaan serta sumber pendapatan bagi penduduk pinggir laut.
b - Menambahkan bekalan makanan protein tempatan
c - Menambahkan eksport ikan bagi menambahkan pendapatan negara
d - Menggalakkan industri sampingan seperti:
- Membuat keropok ikan
- Membuat jala dan jaring serta kapal menangkap ikan
- Industri memproses dan mengetin ikan

Contoh tapak dan kawasan perikanan di Malaysia ialah Kuala Besut, Kemaman, Pulau Ketam, Mersing, Oya, Tawau, Mukah. Peta di bawah menunjukkan kawasan perikanan di Malaysia


2.Sebagai Tapak Pelabuhan
Kawasan pinggir laut yang panjang dan berteluk sesuai dimajukan sebagai tapak pelabuhan.

Kawasan pinggir laut yang dijadikan tapak pelabuhan di Malaysia ialah:
Pelabuhan Pulau Pinang
Pelabuhan Kelang
Pelabuhan Pasir Gudang
Pelabuhan Bintulu
Pelabuhan Kota Kinabalu
Pelabuhan Miri
Pelabuhan Kuching
Pelabuhan Kuantan

Kawasan pinggir laut di pelabuhan-pelabuhan tersebut mempunyai air yang dalam dan terlindung daripada angin kencang.

Pembangunan tapak pelabuhan di kawasan pinggir laut dapat:
-Memajukan lagi pengangkutan laut antarabangsa negara
-Menggalakkan perkembangan perdagangan antarabangsa negara serta perindustrian negara
-Membawa masuk pendapatan asing negara

3.Sebagai Pusat Pelancongan
Kawasan pinggir laut negara yang bersih dan berpasir sesuai dimajukan sebagai pusat pelancongan. Contoh pusat pelancongan pinggir laut yang terkenal ialah:
Rantau Abang (Rujukan: http://www.etourz.com)
Port Dickson
Teluk Cempedak
Batu Feringgi
Pantai Cahaya Bulan

Selain itu, pulau-pulau yang terdapat dipinggir laut juga merupakan daya tarikan pelancong. Contohnya seperti:
Pulau Bidong (Rujukan: http://www.etourz.com)
Pulau Redang (Rujukan: http://www.etourz.com)
Pulau Kapas (Rujukan: http://www.etourz.com)
Pulau Perhentian (Rujukan: http://www.etourz.com)
Pulau Tenggol (Rujukan: http://www.etourz.com)
Pulau Langkawi
Pulau Tioman
Pulau Gaya

Kawasan-kawasan tersebut dikelilingi oleh air yang bersih dan jernih. Pulau-pulau tersebut juga terkenal dengan batu karang dan hidupan laut.

Kepentingan kawasan pinggir laut sebagai pusat pelancongan dapat menyumbang kepada pembangunan negara iaitu:
-Menyumbangkan kepada pertambahan peluang pekerjaan dan pendapat negara
-Menyediakan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan

Potensi Saliran
Sistem saliran di negara kita juga mempunyai kepentingan tertentu dalam kegiatan manusia. Antara kepentingan tersebut ialah sebagai:

A.Tapak tamadun dan pusat perdagangan awal
Lembah dan muara sungai yang rata dan luas sesuai dijadikan sebagai tapak tamadun dan pusat pedagangan awal. Contohnya seperti:
-Kuala Sungai Muda di Kedah
-Muara Sungai Melaka di Melaka
-Lembah Sungai Kinta di Perak

Pembangunan tapak tamadun dan pusat perdangan awal di muara sungai telah:
-Menggalakkan perkembanngan bandar-bandar utama
-Menggalakkan perdagangan antarabangsa


B.Sumber tenaga dan bekalan air
Empangan dibina diperingkat hulu sungai yang bersaliran deras untuk menjana kuasa hidroelektrik dan membekalkan sumber air untuk kegunaan domestik.

Contoh empangan yang menjana kuasa hidroelektrik ialah:
Empangan Chenderoh, Perak
Empangan Temenggor, Perak
Empangan Kenyir, Terengganu
Empangan Batang Ai, Sarawak
Empangan Durian Tunggal, Melaka
Empangan Pergau, Kelantan

Empangan Durian Tunggal di Melaka merupakan salah sebuah empangan yang dibina untuk membekalkan air untuk kegunaan domestik.

Pembinaan empangan di hulu sungai dapat:
-Membekalkan sumber air dan kuasa hidroelektrik ke rumah, pejabat dan kilang
-Menggalakkan perkembangan sektor perindutrian.


C.Kawasan pertanian
Sungai yang terpanjang di Malaysia memendapkan kelodak dan membentuk dataran aluvium yang subur untuk kegiatan pertanian. Contohnya di Dataran Kedah (Sungai Kedah), Dataran Kelantan (Sungai Kelantan), Delta Rajang (Sungai Rajang, Sarawak).

Selain itu, sungai juga dijadikan sebagai sumber pengairan untuk penanaman padi.

Sumber pengairan di Malaysia membolehkan padi ditanam dua kali setahun. Contoh rancangan pengairan di negara kita ialah:
-Projek Pengairan Muda
-Projek Pengairan Kemubu
-Projek Pengairan Tanjung Karang

Penyumbangan sistem saliran terhadap pembangunan negara termasuklah:
-Membentuk kawasan pertanian yang subur
-Membantu meningkatkan pengeluaran hasil pertanian
-Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk desa
-Meningkatkan pendapatan petani
-Menambahkan bekalan sumber makanan

D.Jalan pengangkutan
Sungai juga penting untuk pengangkutan di kawasan pedalaman. Kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak adalah sukar dihubungi melalui pengangkutan darat. Maka jalan pengangkutan air lebih popular di kawasan tersebut.

Sungai yang sering digunakan sebagai jalan pengangkutan di Malaysia ialah Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan (Sabah)


E.Kawasan pelancongan
Sungai yang mempunyai air yang bersih dan jernih serta air trjun dapat dimajukan sebagai kawasan
-Pelancongan
-Rekreasi
-Perkelahan

Contoh air terjun yang merupakan pusat perkelahan atau pelancongan ialah air terjun Kota Tinggi di Johor, Air Terjun Sekayu di Terengganu.

Kepentingan sungai sebagai pusat pelancongan dapat:
-Menggalakkan industri pelancongan tempatan
-Menggalakkan industri desa atau kraf tangan

F.Kawasan perikanan air tawar
Sungai dan tasik dalam negara merupakan pembekal sumber ikan air tawar. Contohnya Sungai Endau (Pahang), Sungai Juru (Pulau Pinang), Tasik Bera (Pahang), Tasik Chenderoh (Perak), Tasik Kenyir (Terengganu), Tasik Banding (Perak).

Sungai-sungai ini kaya dengan hidupan air seperti ikan tilapia, ikan jelawat, dan udang galah.

Sumbangan sungai dan tasik dalam sektor perikanan negara ialah dapat:
-Menyediakan peluang pekerjaan sambilan kepada penduduk tempatan untuk menambahkan pendapatan harian.
-Menambahkan bekalan ikan tempatan di pasaran.


G.Sempadan semula jadi
Sungai juga dijadikan sempadan antarabangsa dan sempadan negeri.
-Sungai Golok di Kelantan memisahkan negara kita dengan Thailand.
-Sungai Muda memisahkan negeri Kedah dengan Pulau Pinang
-Sungai Bernam memisahkan negeri Perak dengan negeri Selangor.
-Sungai Endau memisahkan negeri Pahang dengan Johor


Perbandingan Pentingnya Pelbagai Bentuk Muka Bumi Di Malaysia Dan Di Negara Lain

Kajian Kes

1.Perbandingan kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland dengan Tanah Tinggi di Malaysia

2.Perbandingan kepentingan Cerun Bukit di Pulau Jawa dengan Cerun Bukit di Malaysia

3.Perbandingan kepentingan Sungai di Thailand dengan Sungai di Malaysia

4.Perbandingan kepentingan Tasik di Kampuchea dengan Tasik di Malaysia
Ringkasan Perbandingan Kepetingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi

Kajian Kes 1:Perbandingan kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland dengan Tanah Tinggi di Malaysia

Switzerland

Negara yang bergunung-ganang. Kawasan tanah tinggi meliputi sebahagian besar Pergunungan Alps.

Kawasan pergunungannya menggalakkan industri pelancongan kerana:
-Musim panas yang nyaman
-Musim sejuknya yang bersalji
-Tanahnya yang bersalji sesuai untuk kegiatan meluncur dan permainan hoki atas salji
-Pemandangannya yang indah dan menghijau pada musim panas

Kawasan pergunungannya yang diliputi dengan hutan konifer yang tebal juga penting sebagai:
-Kawasan tadahan
-Sumber kayu-kayan (Pembalakan)

Cerunnya yang curam dan air terjunnya penting sebagai tapak penjanaan kuasa hidroelektrik

Penanaman tanaman hawa sederhana tidak dapat dijalankan di cerun kawasan tanah tinggi kerana
-Bersalji
-Sejuk

Malaysia
Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting merupakan kawasan pelancongan terkenal di Malaysia.

Kedua-dua Tanah Tinggi ini terletak di Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia.

Industri pelancongan merupakan kegiatan utama di kedua-dua kawasan tersebut kerana:
-Udaranya segar dan nyaman
-Pemandangannya yang indah dan menghijau

Kawasan tanah tinggi yang diliputi oleh hutan hujan tropika yang tebal juga penting sebagai:
-Kawasan tadahan
-Sumber kayu keras (Pembalakan)

Cerun yang curam dengan aliran sungai yang deras sesuai dijadikan tapak penjanaan kuasa elektrikhidro.Contohnya:
-Empangan Chenderoh (Perak)
-Empangan Temenggor (Perak)
-Empangan Kenyir (Trengganu)
-Empangan Batang Ai (Sarawak)

Kawasan tanah tinggi ini juga sesuai sebagai tempat penanaman tanaman hawa sederhana seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan teh.

Kajian Kes 2:Perbandingan Kepentingan Cerun Bukit Di Pulau Jawa Dengan Cerun Bukit Di Malaysia

Pulau Jawa (Indonesia)



Di Pulau Jawa, padi ditanam di kawasan dataran dan juga di cerun bukit.

Padi ditanam dicerun gunung berapi yang berteres kerana:
-Kawasan tanah pamah dan datarannya terhad
-Penduduknya padat
-Tanah lava besnya subur

Penanaman padi berteres di cerun gunung berapi juga dapat mengurangkan kadar hakisan tanih.

Malaysia
Cerun Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang sesuai untuk penanaman hawa sederhana seperti teh, sayur-sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan.

Tanaman ini sesuai ditanam di cerun tanah tinggi ini kerana:
-Min suhu kira-kira 18 C
-Hujan tahunan melebihi 2000mm
-Bersaliran baik (air tidak bertakung)
-Bertanih laterit (kesan luluhawa)

Tanaman juga ditanam cerun yang di teres bagi mengurangkan kadar hakisan tanih.

Kajian Kes 3: Perbandingan Kepentingan Sungai Di Thailand Dengan Sungai Di Malaysia

Thailand



Menam Chao Praya merupakan sungai utama yang terpanjang (kira-kira 1 300km) di Thailand.

Ia merupakan jalan pengangkutan air utama di Thailand dan digelar sebagai nadi lalu lintas di Thailand.

Sungai ini dapat dimudiki kapal-kapal sederhana besar :
-Sejauh 402km dari muaranya pada musim lembap.
-Sejauh 190km dari muaranya pada musim kering.

Sungai Menam Chao Praya dan cawangan-cawangannya seperti Me Ping, Me Wang, Me Yom dan Me Nam penting untuk mengangkut penumpang, kayu balak, hasil pertanian dan hasil perlombongan dari kawasan pedalaman.

Jalinan terusan yang dikenali sebagai 'klong' menghubungkan cawangan -cawangan Menam Chao Praya di Thailand berperanan seperti jalan raya.Oleh sebab jaringan terusan sangat maju di Bangkok dan memainkan peranan seperti jalan raya, maka bandar raya Bangkok dikenal sebagai "Venice Timur".

Kegiatan 'pasar apung' dan pengangkutan 'klong' merupakan daya tarikan pelancong.

Menam Chao Praya membentuk dataran mendapan dan delta yang luas dan subur untuk penanaman padi dan jut.

Menam Chao Praya juga diempang untuk pengairan dan penjanaan kuasa hidroelektrik. Contohnya, Empangan Chainat dan Empangan Yan Hee.

Malaysia
Sungai juga merupakan jalan pengangkutan yang penting di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Jalan pengangkutan yang utama di Malaysia ialah Sungai Rajang, Sungai Baram, Sungai Kinabatangan dan Sungai Pahang.

Sungai Rajang merupakan jalan pengangkutan utama di pedalaman Sarawak.

Kapal sederhana besar boleh memudiki Sungai Rajang sehingga ke bandar Kapit yang jauh di pedalaman.

Sungai Rajang juga penting untuk penjanaan kuasa hidroelektrik iaitu melalui Empangan Pelagus.

Sungai Kinabatangan di Sabah pula digunakan untuk mengangkut kayu balak ke kilang atau pelabuhan Sandakan.

Sungai-sungai utama di Malaysia membentuk dataran yang luas untuk kegiatan ekonomi pertanian. Misalnya:
-Delta Rajang (Sungai Rajang)
-Dataran Kedah (Sungai Kedah)
-Dataran Kelantan (Sungai Kelantan)

Sungai-sungai di Malaysia juga berfungsi sebagai:
-membekalkan air untuk kegunaan domestik, perindustrian dan perlombongan.
-Penternakan ikan air tawar, ketam dan udang.

Kajian Kes 4: Perbandingan Kepentingan Tasik di Kampuchea dengan Tasik di Malaysia

Kampuchea


Tonle Sap di Kampuchea merupakan tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara.(Pada musim hujan (Jun-Nov) isipadu air bertambah dan saiznya akan menjadi kira-kira 4 700km manakala pada musim kering saiznya menjadi kecil iaitu kira-kira 1 600km )

Perikanan merupakan kegiatan ekonomi terpenting di Tonle Sap.

Kegiatan perikanan di Tasik Tonle Sap dijalankan sepanjang tahun. Ikan yang ditangkap adalah untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan juga dieksport.

Ikan mudah ditangkap pada musim kering kerana airnya cetek iaitu hanya 1 hingga 3 meter sahaja dalamnya.

Tasik Tonle Sap juga penting sebagai pusat pelancongan. Pelancong dapat menaiki kapal atau bot ke Tonle Sap melalui Sungai Mekong.

Tasik Tonle Sap juga membekalkan bekalan air untuk kegunaan domenstik kepada penduduk tempatan yang hampir 4.5 juta orang dan juga ke kawasan- kawasan pertanian

Malaysia



Di Malaysia, Tasik Bera (keluasan 61.5km ), Tasik Chini (keluasan 10 km ) dan Loagan Bunut / Tasik Bunut di Miri (keluasan 9 km ) merupakan tasik semulajadi yang penting.
Tasik Bera dan Tasik Chini penting sebagai kawasan pelancongan dan perikanan air tawar.

Manakala tasik-tasik buatan manusia utama di Malaysia ialah seperti:
1.Tasik Kenyir (Terengganu)
2.Tasik Temenggor (Perak)
3.Tasik Chenderoh (Perak)
4.Tasik Banding (Perak)
5.Tasik Perdana (Kuala Lumpur)
6.Tasik Titiwangsa (Kuala Lumpur)

Tasik-tasik seperti Tasik Kenyir, Tasik Temenggor dan Tasik Chenderoh adalah penting untuk:
-Pelancongan
-Pengairan
-Perikanan air tawar
-Penjana kuasa hidroelektrik.

Tasik Perdana dan Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur pula penting untuk rekreasi di kawasan pusat bandaraya.

Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia
Adakah anda masih ingat bahawa pelbagai bentuk muka bumi memberi banyak manfaat terhadap kehidupan kita. Tahukah anda, bentuk muka bumi juga boleh menghalang kegiatan manusia. Contoh halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia ialah seperti:


1.Halangan Tanah Tinggi
Cerun-cerun yang curam di kawasan tanah tinggi boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh dan hakisan tanih. Kejadian hakisan tanih dan tanah runtuh akan memusnahkan tanaman, harta benda dan kemudahan awam serta mengormabkan nyawa. Ia juga akan menyukarkan pembangunan petempatan, pertanian dan pembinaan jalinan pengangkutan.

Cara-cara untuk mengatasi halangan tanah tinggi ini ialah:
-Menanam pokok/rumput yang cepat tumbuh dan menjalar di lereng bukit.
-Pembinaan tembok batu dan simen
-Pembinaan lereng, teres dan parit dicerun bukit yang curam.


2.Halangan Tanah Pamah
Kawasan tanah pamah yang rendah adalah berpaya dan sentiasa berair. Keadaan ini menyebabkan masalah banjir sering terjadi. Kejadian banjir akan menyebabkan aktiviti manusia seperti pertanian, petempatan dan pembinaan jalinan pengangkutan sukar dijalankan.

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah:
-Menebus guna kawasan paya dengan tanah.
-Membina parit atau tali air untuk mengeringkan kawasan tersebut.
-Membina tembok atau benteng untuk menghalang kemasukan air dari sungai atau laut.


3.Halangan Pinggir Laut
Tebing tinggi yang curam di pinggir laut menyebabkan aktiviti pembinaan sukar dijalankan. Hakisan ombak yang kuat di kawasan ini akan melonggarkan struktur batuan dan tanih di pinggir laut. Akibat dari tindakan ini akan menyebabkan terjadinya tanih runtuh. Kejadian tanih runtuh ini akan mengancam keselamatan manusia dan merosakkan harta benda.

Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah ini ialah:
-Membina tembok untuk mengurangkan kadar hakisan ombak.
-Membina benteng di tepi pantai supaya air laut tidak melimpah ke daratan.


4.Halangan Saliran
Arus sungai yang deras di peringkat hulunya menyukarkan pengangkutan air kerana boleh membahayakan bot atau kapal-kapal kecil. Manakala sungai yang berliku-liku di peringkat hilirnya pula menyukarkan aktiviti pelayaran.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi halangan sungai ini terhadap kegiatan manusia ialah:
-Membina empangan atau kolam untuk memperlahankan aliran sungai
-Meluruskan aliran sungai di peringkat hulunya.

SOALAN
Arahan : Pilih jawapan yang betul

-Membekalkan air untuk kegunaan harian penduduk
-Menjana kuasa hidroelektrik.


1.Sungai manakah yang sesuai dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas?.
A.Sungai Kinabatangan
B.Sungai Bernam
C.Sungai Perak
D.Sungai Sarawak

2.Kebanyakan jalan darat di Malaysia dibina di kawasan tanah pamah dan dataran pantai kerana...

I kos rendah
II bebas daripada banjir
III tumpuan penduduk
IV keselamatan terjamin.

A.I dan II
B.I dan III
C.II dan IV
D.III dan IV

3.Perikanan di Tonle Sap penting di Kampuchea. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan kegiatan ini ?.

I kerja sambilan
II teknologi penangkapan maju
IIIsumber protein penting
IV kos penangkapan rendah

A.I, II dan III
B.I, II dan IV
C.I, III dan IV
D.II, III, dan IV

4.Mengapakah padi sesuai ditanam di cerun-cerun bukit di Pulau Jawa?.

I suhu lebih rendah
II lava subur di cerun bukit
III padi merupakan makanan ruji utama
IV kekurangan tanah pamah

A.I dan II
B.I dan III
C.II dan IV
D.III dan IV

5.Antara berikut, yang manakah halangan terhadap pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi ?.

I cerun curam
II kos tinggi
III batuan besar dan keras
IV terjadi hakisan tanah

A.I, II dan III
B.I, II dan IV
C.I, III dan IV
D.II, III dan IV
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...