22 September 2009

Potensi Kawasan Tanah Pamah
Kawasan tanah pamah di Malaysia mempunyai kepentingan sebagai kawasan:
-Pertanian
-Perlombongan
-Perindustrian
-Pengangkutan
-Petempatan Dan Bandar Utama

Potensi Kawasan Tanah Pamah - Pertanian
Kawasan dataran yang rendah dataran yang rendah dan di timbuni tanih aluvium sesuai untuk penanaman padi seperti di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan Dan Delta Rajang.

Manakala kawasan kaki bukit pula menggalakkan penanaman getah dan kelapa sawit. Ini kerana kawasan kaki bukit adalah landai, beralun dan bersaliran baik. Contoh kawasanya ialah seperti Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Dataran Johor dan Dataran Barat Sarawak.

Kegiatan pertanian yang dijalankan di kawasan tanah pamah adalah penting kerana ia:
-Menyediakan peluang pekerjaan
-Menambahkan sumber makanan (beras)
-Merupakan sumber pendapatan negara (eksport minyak sawit dan getah)

Potensi Kawasan Tanah Pamah - Perlombongan
Kawasan tanah pamah juga dibangunkan untuk kegiatan perlombongan kerana kawasan ini kaya dengan sumber mineral seperti di Lembah Kinta dan kuala Langat (bijih timah), Mamut (kuprum), Teluk Ramunia (bauksit) ,Lubuk Mandi dan Bau (emas)

Potensi Kawasan Tanah Pamah - Perindustrian
Kawasan tanah pamah juga sesuai untuk dimajukan sebagai tapak perindustrian. Antaranya contoh kawasannya ialah seperti Lembah Klang, Peri, Bintulu, Bayan Lepas, Inanam.

Perindustrian memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia. Barangan keluaran industri telah menyumbangkan kira-kira 31.7% daripada nilai eksport Malaysia (1989). Kira-kira 18.5% daripada hasil pengeluaran negara yang yang dieksport adalah daripada sektor perindustrian (1994)

Potensi Kawasan Tanah Pamah - Pengangkutan
Kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan jalinan pengangkutan. Jalan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api mudah dibina di kawasan tanah pamah kerana:
1 Tidak perlu meratakan tanah tinggi
2 Tidak perlu menebus guna kawasan paya
3 Tidak perlu membina jambatan
4 Menjimatkan kos pembinaan

Pembinaan jalinan pengangkutan mempercepatkan pembangunan negara terutamanya dalam sektor perindustrian dan pelancongan.

Potensi Kawasan Tanah Pamah - Petempatan Dan Bandar Utama
Kawasan tanah pamah penting sebagai kawasan petempatan. Ini kerana kebanyakkan kegiatan ekonomi bertumpu di kawasan tanah pamah. Maka kawasan tanah pamah merupakan kawasan tumpuan penduduk.

Bandar-bandar utama dalam negara juga bertumpu di kawasan tanah pamah seperti bandaraya Kuala Lumpur, Bandar Melaka Johor Bahru, Kelantan, Kuching dan Kota Kinabalu.

Contoh terpilih : KUALA LUMPUR
Keluasan
Kuala Lumpur meliputi kawasan seluas 240 km persegi dan mempunyai jumlah penduduk melebihi satu juta orang.

Sejarah perkembangan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur diasaskan oleh seorang tokoh yang bernama Yap Ah Loy. Kuala Lumpur pada mulanya adalah pusat perlombongan bijih timah. Kuala Lumpur terletak diantara pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Ketika itu Sungai Kelang merupakan jalan pengangkutan yang utama. Mulai tahun 1880an, Kuala Lumpur mula berkembang seiring dengan perkembangan perlombongan bijih timah di sekitarnya. Pada tahun 1896, Kuala Lumpur telah dijadikan sebagai ibu negeri Negeri Melayu Bersekutu dan pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai bandar raya dan dijadikan Wilayah Persekutuan.

Fungsi Bandaraya Kuala Lumpur
1 Sebagai pusat perdagangan:
Perkembangan dalam sektor perindustrian di bandar-bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan Batu Tiga yang berhampiran dengan Kuala Lumpur telah membantu perkembangan Kuala Lumpur sebagai pusat pengurusan dan perdagangan.

Kedudukan Kuala Lumpur berhampiran dengan Pelabuhan Kelang memudahkan aktiviti pengeksportan dan pengimportan barangan.

2 Sebagai pusat kebudayaan dan pengajian tinggi:
Kuala Lumpur juga berkembang menjadi pusat kebudayaan dan pengajian tinggi dengan penubuhan Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan kolej-kolej swasta.

3 Sebagai pusat perhubungan antarabangsa:
Lapangan terbang antarabangsa terletak di Subang, manakala yang terbaru terletak di Sepang.

4 Sebagai pusat pentadbiran:
Kuala Lumpur sekarang adalah ibu negeri dan pusat pemerintahan Malaysia.

5 Sebagai pusat pelancongan:
Terdapat kemudahan pelancongan seperti hotel bertaraf antarabangsa dan pusat membeli-belah.

Terdapat tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Kuala Lumpur seperti Zoo Negara, Muzium Negara, Sunway Lagoon dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...