Pindaan dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah
Darul Aman) 2008. Pindaan enakmen itu dibuat ekoran sebelum ini wujud
kekeliruan dalam banyak perkara.
Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, pindaan dibuat berlandaskan proses yang betul demi untuk kepentingan umat Islam pada masa akan datang.
“Pindaan yang dibuat tidak babitkan agama lain, pihak luar tak perlu persoal. Pandangan agama tidak wajar dipertikai, ada yang ikut dan ada tidak, sama dengan negara Islam lain, yang pandangan agama dalam sesuatu isu tidak sama,” katanya.
Menurutnya, pindaan enakmen itu dicadangkan oleh Jabatan Mufti Kedah melalui Penasihat Undang-Undang Negeri untuk penambahbaikan bagi sistem sedia ada selain mahu memperkasa pandangan Jawatankuasa Fatwa dan Mufti.
“Draf pindaan itu sudah dibentangkan kepada Sultan Kedah untuk penelitian, sebelum mendapat perkenan Tuanku untuk dipinda,” katanya.
Sheikh Muhamad Baderudin berkata, pandangan agama tidak boleh dicabar di mahkamah kerana ia berkaitan dengan hukum-hakam agama.
“Antara tujuan pindaan dibuat ialah supaya fatwa yang diputuskan tidak diseret ke mahkamah bagi membolehkan hukum itu ditarik balik. Kita juga mahu pandangan jawatankuasa fatwa dan mufti, yang diberi autoriti oleh Sultan Kedah, selaku Ketua Agama Islam Negeri Kedah dihormati,” katanya.