07 September 2013

Bekalan Sebelum Ajal

Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Apabila nafas (seseorang) telah sampai ke kerongkong, dan dikatakan kepadanya," 'Siapakah yang dapat menyembuhkan'. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan, kepada Rabbmulah pada hari itu kamu dikembalikan." (Surah al-Qiyamah ayat 26-30).
Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)
Hidup dizaman kemajuan ICT dan dunia tanpa sempadan, kejadian mati mengejut dan mati ditimpa musibah adalah sesuatu perkara biasa. Di negara kita sendiri kematian disebabkan kemalangan jalan raya, mati disebabkan sakit jantung dan mati mengejut yang lain adalah beberapa kes kematian yang sering berlaku setiap hari.
Soalannya, apakah persiapan kita bila mati datang mengejut? Adakah kita telah membuat persiapan sekiranya saat kematian itu datang? Ketika itu apakah yang dapat kita bawa bersama sebagai teman setia yang akan membantu kita menghadapi saat getir di alam barzakh?
Terdapat tujuh amalan atau persiapan yang perlu kita lakukan sebelum ajal datang menjelma, maksudnya kita sudah membuat persiapan awal tanpa kita menunggu masa yang sesuai.
Amalan Pertama    : Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar.
Amalan Kedua         : Betulkan solat kita dan cuba untuk khyusuk
Amalan Ketiga         : Selesaikan semua hutang 
Amalan Keempat    : Banyakkan sedekah jariah
Amalan Kelima        : Ilmu yang bermanfaat.
Amalan Keenam      : Anak yang soleh yang mendo'akan kita.
Amalan Ketujuh        : Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...