12 September 2013

Ujian Allah

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."   (Surah Az-Zumar ayat 53)

Setiap manusia yang hidup di dunia ini akan sentiasa di uji oleh Allah s.w.t. Ujian Allah s.w.t datang berbagai bentuk. Manusia sering merasa  putus asa dan kecewa kerana gagal mengemudi diri dalam kehidupan, kecewa kerana gagal mendidik ahli keluarga, kecewa kerana sering gagal dalam percintaan, kecewa kerana selalu gagal dalam melaksanakan tugasan dan sebagainya.

Allah berfirman maksudnya  : "Apakah kamu belum tahu bahwa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan bumi, sesungguhnya hal itu telah ada dalam Kitab, sesungguhnya itu bagi Allah sangat mudah" (Surah Al-Hajj ayat 70)

Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".(Surah  Al-Hadid ayat 22)

Maka jika kita masih putus asa dan kecewa, sudah tentu kita tidak menyertakan tawakkal di dalam hidup kita. Seolah-olah kita tidak yakin dengan ketentuan Allah. Dan jika kita tidak yakin dengan ketentuan serta janji Allah, sudah pasti kita tidak yakin dengan Allah. Ingatkah kita akan lafaz yang sering kita ucapkan semasa membaca do'a iftitah 5 kali sehari semalam iaitu  "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah kerana Allah Taala."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...