Secara ringkas permasalahan ini merupakan khilaf di kalangan para ulama. Namun menurut fuqaha' mazhab Syafi'ie berpendapat bahawa harus(dibolehkan) menggabungkan antara puasa wajib seperti qadha', nazar dan kafarah dengan puasa sunat, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti di dalam kitab "al-Asybah wa al-Nazair"
Maksudnya: Seseorang yang berpuasa pada hari Arafah contohnya untuk (niat) qadha' atau nazar atau Kaffarah dan dia berniat bersamanya puasa (sunat) Arafah, maka al-Barizi memfatwakan ia adalah sah dan mendapat kedua-duanya(pahala qadha' dan sunat).
Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi'ie, namun pahala yang dianugerah tidak sempurna jika tidak dilakukan secara berasingan, iaitu puasa qadha' dan sunat tidak digabungkan tetapi dilakukan pada hari yang berlainan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Imam Syamsuddin al-Ramli di dalam karangannya "Nihayah al-Muhtaj"
Saidatina Aisyah RA seorang yang kuat ibadah termasuklah berpuasa, tidak mungkin beliau meninggalkan puasa 6 Syawal. Penangguhan puasa qadha oleh Aisyah RA menunjukkan bahawa beliau tidak mengabungkan antara puasa qadha' dan 6 Syawal. Jika Aisyah menggabungkan kedua-duanya nescaya beliau tidak perlu menangguh puasa gantinya.
KESIMPULAN
1) Puasa gabungan antara qadha dan 6 syawal diharuskan menurut ulama-ulama mazhab Syafi'ie.
2) Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi'ie tetapi ganjaran atau pahala puasa tidak sempurna, kerana lebih afdal dilakukan pada hari yang berlainan.
3) Ramai (majoriti) di kalangan ulama feqh kotemporari berpegang kepada pandapat yang tidak mengharuskan puasa gabungan antara qadha dan sunat.
4) Puasa yang berasingan tanpa digabungkan niat puasa qadha dan sunat adalah amalan yang lebih tepat dengan kehendak hadith Saidatina Aisyah RA, oleh kerana itu ia dihukum sebagai lebih afdal oleh ulama Syafi'iyyah.