Rasa cinta tidak mudah dihapuskan.
Apatah lagi cinta pertama. Hal ini memang menyeksakan apabila kita berusaha mengatasinya. Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering menghantui mimpi-mimpi.
Malah peluang bersanding juga sudah tiada lagi, apa yang harus dilakukan?
Menangis? Bersedih? Menyesali perkara yang terjadi? Berasa tertekan, sakit hati, kecewa, bahkan berasa mahu membunuh diri?
Memang mudah diucapkan, tetapi bagaimana sekiranya bayangannya masih hadir dan mengganggu aktiviti harian?
Padahal, kita sudah berusaha membuangnya jauh daripada kehidupan.
Abdullah bin Mas’ud menasihatkan, “Apabila kamu kagum kepada seorang wanita (atau lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”
Maaf, ini bukannya mencari aib dan mengorek kekurangannya. Ini adalah nasihat supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh gelojak nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.