"Barangsiapa membaca satu huruf dari Al -Qur'an maka baginya satu pahala dan satu pahala diganjar sepuluh kali lipat." (HR. Tirmidzi ).
Banyak dari kita yang mempersoalkan kenapa tentera yahudi membunuh kanak-kanak Palestin? Ada yang berkata memang tabiat tentera yahudi yang kejam dan biadab. Ada juga yang berkata tentera yahudi takut akan pertumbuhan kanak-kanak Palestin kerana kanak-kanak yang terlahir adalah generasi masa depan Islam yang gemilang. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga.
Semasa serangan tentera yahudi terhadap Palestin pada Disember 2008 yang berlaku ketika bulan suci Ramadhan tahun 1429 H, HAMAS telah mendidik sekitar 3500 kanak-kanak Palestin untuk menghafal Al-Quran dan kanak-kanak tersebut sudah menghafal 30 juz Al-Quran. Ini menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.
"Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa? " Demikian pemikiran yang berkembang di dalam fikiran orang-orang Yahudi.
Teringat tentang kejayaan Islam di masa kekhalifahan dahulu. Rahsia besar yang perlu dicatat pada masa itu adalah umat Islam tidak pernah jauh dengan Al-Quran, tidak pernah melepaskan hadis Rasulullah saw menjadi pedoman. Seperti dalam sebuah hadis Rasulullah Saw pernah bersabda .
"Telah kutinggalkan untuk kalian dua perkara. Jika kalian berpegang teguh dengan keduanya, maka kalian tidak akan pernah sesat , iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi- Nya "( HR. Malik).