13 Julai 2008

PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain. Antara pembahagian yang biasa adalah :-Pengangkutan darat, Pengangkutan laut dan Pengangkutan udara. Jenis pengangkutan juga dikira seperti :-Pengangkutan manusia umum, individual dan Pengangkutan kargo Contoh-contoh bentuk pengangkutan ialah kapal terbang, kapal, kereta dan kereta api
Komunikasi ialah sejenis proses permindahan maklumat melalui sistem simbol yang sama. Komunikasi juga salah satu disiplin akademik. Definasi komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain".

Perhubungan dan pengangkutan memainkan peranan penting kerana merapatkan perhubungan antara:-
i. kawasan-kawasan dalam sesebuah negara
ii. negara-negara di benua Asia
iii. negara-negara Asia dengan negara-negara lain.

Cara perhubungan pada masa dahulu menggunakan:-
i. isyarat asap
ii. bendera
iii. memukul gendang
iv. burung merpati

Pada masa kini terdapat pelbagai jaringan sistem pengangkutan yang moden seperti jalan raya, jalan kereta api, jalan laut dan sungai.

Jalan raya merupakan cara pengangkutan yang penting di benua Asia.

Negara-negara yang mempunyai jaringan pengangkutan yang baik ialah Jepun, Singapura dan Malaysia.

Jalan raya yang terpanjang di Asia Tenggara ialah Highway One (2000 km) di Vietnam.

Lebuh raya Pan Asian dijangka dapat menghubungkan benua Asia dengan benua Eropah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan jalan raya di Asia ialah :-
i. bentuk muka bumi
ii. kegiatan ekonomi
iii. bandar-bandar besar
iv. penduduk padat

Jaringan jalan kereta api di kebanyakan negara Asia amat kurang berbanding dengan jaringan jalan raya.

India mempunyai jaringan jalan kereta api yang terbesar di Asia.

Jepun mempunyai rangkaian sistem kereta api yang paling moden.
Negara-negara Asia yang mempunyai sistem kereta api elektrik ialah:-
i. Jepun
ii. Singapura
iii. Hong Kong
Jepun mempunyai ‘ kereta api peluru’ yang dapat bergerak selaju 210 km sejam.
Kemajuan teknologi membolehkan sisten kereta api bawah tanah di bina.
Contohnya :-
Hong Kong → Mass Transit Railway(MTR)
Singapura → Mass Rapid Transit (MRT)
Jalan kereta api Trans Siberia adalah yang terpanjang di dunia, menghubungkan Vladivostok ke Moscow.
Rangkaian kereta api utama yang lain ialah:-
Singapura – Padang Besar – Bangkok – Ho Chi Min – Beijing
Istanbul (Turki) – Milan(Itali)

Kepentingan perkhidmatan kereta api ialah:-
i. murah dan mudah - digunakan untuk mengangkut barang
pukal
ii. dapat mengatasi masalah kesesakan lalulintas
iii. memudahkan perhubungan di antara bandar-bandar utama Asia
iv. membawa kemajuan kepada kawasan-kawasan terpencil seperti Siberia.

Bandar-bandar di Asia dihubungkan dengan negara-negara lain melalui udara .

Kapal terbang digunakan untuk mengangkut barang-barang seperti bungkusan pos, barang-barang elektrik dan elektronik, bunga-bungaan dan penumpang.

Pengangkutan udara adalah lebih cepat tetapi mahal.

Pengangkutan udara penting kerana:-
i. menjimatkan masa
ii. menghubungkan kawasan terpencil
iii . menggalakkan pelancongan

Lapangan terbang antarabangsa yang utama ialah :-
i. Kai Tak(Hong Kong)
ii. Narita (Jepun)
iii. Changi(Singapura)

Syarikat –syarikat penerbangan utama ialah;-
i. JAL - Jepun
ii. SIA – Singapura
iii. GARUDA – Indonesia
iv. PIA – Pakistan
v. SAUDIA- Arab Saudi
vi. ALIA – Jordan

Penggunaan satelit adalah penting untuk;-
i. merapatkan perhubungan di antara negara di Asia dengan negara-negara lain di dunia
ii. menggalakkan perdagangan antarabangsa di Asia dengan negara-negara lain di dunia.
.
Satelit-satelit antarabangsa yang memberi perkhidmatan telekomunikasi di benua Asia
ialah:-
i. Intelsat IV- A
ii. Intelsat V

Negara China melancarkan satelit Asia Sat-I. Negara China, Thai, Jepun, Pakistan dan Indonesia menggunakan perkhidmatan ini.

Contoh-contoh stesen satelit bumi;-
i. Malaysia – di Kuantan dan Kota Kinabalu
ii. Singapura – di Bukit Timah dan Pulau Sentosa
iii. Indonesia – di Jakarta

Measat I dilancarkan oleh Malaysia dan meliputi kawasan Asia Timur.
Measat II dilancarkan oleh Malaysia meliputi kawasan Semenanjung Malaysia, Indonesia, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Hawaii.

Faedah yang diperolehi daripada perkembangan teknologi komunikasi ialah:
i. menerima dan memancar imej televisyen secara langsung
ii. menerima perkhidmatan internet sedunia
iii. maklumat melalui grafik dan carta dapat di hantar melalui faks
iv. perhubungan dengan mudah melalui telefon di mana-mana kawasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...