05 September 2008

Kajian Lapangan

KESAN KEGIATAN
MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

PENDAHULUAN

Kajian lapangan ini telah dijalankan pada bulan Jun-Ogos yang lalu selama 3 bulan di kawasan pembalakan di Utara Felda Gunung Besout. Kajian ini bertujuan melihat bagaimana kegiatan pembalakan telah memberi kesan terhadap alam sekitar.


OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian lapangan ini bertujuan untuk:
· Mengenal pasti perubahan landskap akibat aktiviti pembalakan.
· Mengenal pasti kesan-kesan pembalakan terhadap alam sekitar kawasan kajian.
· Mencadangkan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan negatif yang dialami hasil
daripada akiviti pembalakan.



LOKASI KAWASAN KAJIAN

Felda Gunung Besout terletak diantara Bandar Slim River dan Sungkai. Jarak diantara Felda Gunung Besout dengan Sungkai kira-kira 37km. Manakala jarak diantara Felda Gunung Besout dengan Slim River kira-kira 35km. Jumlah penduduk kira-kira 6 ribu orang. Penduduk di Felda Gunung Besout adalah 80% berbangsa Melayu.

Felda Gunung Besout memang asalnya adalah tanah milik FELDA yang ditubuhkan sekitar tahun 1978.Kawasannya terletak di kawasan persempadanan di antara tanah ladang Felda Gunung Besout dan Gugusan Felda Trolak.Felda Gunung Besout terbahagi kepada 7 iaitu:
1. FELDA GUNUNG BESOUT 01
2. FELDA GUNUNG BESOUT 02
3. FELDA GUNUNG BESOUT 03
4. FELDA GUNUNG BESOUT 04
5. FELDA GUNUNG BESOUT 05
6. FELDA GUNUNG BESOUT 06
7. FELDA GUNUNG BESOUT 07
Mengikut lagenda asal-usul nama Felda Gunung Besout adalah berasal dari 2 orang pemburu /peneroka yang datang memburu di gunung tersebut.Apabila seorang pemburu/peneroka berada diantara gunung yang berlainan. Ini akan menyukarkan untuk mereka berkomunikasi. Apabila mereka menjerit,ada satu gema suara yang berbunyi bersaut-sautan. Akhirnya timbullah idea dan diberi nama yang logik ialah Felda Gunung Besout.
Majoriti penduduk Felda Gunung Besout menyara kehidupan seharian dengan tanaman kelapa sawit yang telah diberikan oleh pihak FELDA untuk diusahakan.Setiap penduduk diberi 10 ekar kebun/ladang kelapa sawit.Ada yang tanah kebun /ladang telah diberi hak milik sepenuhnya kepada peneroka dan ada juga tanah masih lagi hak milik FELDA.
Dibahagian Utara Felda Gunung Besout merupakan kawasan hutan simpan yang kaya dengan sumber alamnya.Sekitar bulan Jun yang lalu telah berlaku aktiviti pembalakan yang aktif. Fenomena ini menjadikan saya tertarik untuk membuat kajian lapangan di kawasan tersebut bagi merungkai persoalan-persoalan yang terdapat di dalam objektif kajian.



KAEDAH KAJIAN
KAEDAH PEMERHATIAN
Kaedah ini dilakukan dengan membuat lawatan ke kawasan tersebut sebanyak 2 kali untuk mengetahui perubahan landskap dan kesan terhadap alam sekitar. Lawatan ini dibuat semasa kerja-kerja permulaan penebangan hutan dan selepas kerja-kerja penebangan hutan.
SOAL SELIDIK
Seramai 10 orang penduduk sekitar 1km dari kawasan kajian telah dijadikan sample. Borang soal selidik telah diedar untuk mendapatkan data.
TEMUBUAL
Temubual dibuat dengan masyarakat orang asli yang menetap dan mencari rezeki di sekitar kawasan kajian.Data-data yang diperolehi itu dikumpul, diproses, dan kemudiannya dianalisis.



DAPATAN KAJIAN

Penebangan pokok yang berlebihan untuk tujuan pembalakan tanpa rancangan penanaman semula hutan membawa kesan negatif kepada alam sekitar.Permukaan bumi akan menjadi gondol.

Kawasan yang telah ditebang akan mengalami hakisan tanih dan menjadi tandus

Aliran air hujan akan membawa tanih yang dihakis dan memendapkannya di sungai. Sungai akan menjadi cetek dan banjir. Tanih yang di alirkan ke sungai menyebabkan pencemaran air sungai dan menjejaskan kehidupan akuatik.

Penebangan pokok tanpa kawalan menyebabkan kepupusan pokok-pokok yang berharga. Ini menyebabkan kekurangan sumber air semula jadi dan mengakibatkan berlakunya krisis air.

Penebangan hutan mengganggu dan mengurangkan habitat semula jadi hidupan liar. Rancangan penghutanan semula merupakan satu langkah yang berkesan jika dilaksanakan dengan teratur.
Rancangan penghutanan semula merupakan satu langkah yang berkesan jika dilaksanakan dengan teratur. Pelbagai langkah turut diambil untuk diambil untuk memelihara alam sekitar di kawasan pertanian. Cerun bukit di teres untuk penanaman getah dan kelapa sawit. Tanaman tutup bumi seperti kekacang dan rumput di tanam di lereng bukit. Ini dapat mengurangkan hakisan tanih dan membantu mengekalkan kesuburan tanih.


RUMUSAN
Saya telah berjaya menyiapkan kerja khusus dalam masa yang ditetapkan selaras dengan objektif kajian. Melalui kajian ini saya telah mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan langkah-langkah untuk mengurangkan kesa terhadap kawasan kajian saya.
Di samping itu,melalui kajian geografi ini,saya telah memperoleh banyak faedah.diantaranya ialah meningkatkan pengetahuan dari segi memperoleh kemahiran dan teknik menyampaikan data.Akhirnya saya rasa gembira kerana dapat menyiapkan kajian ini dengan sempurna.












Hasil kajian fifah@1anNur2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...