08 Julai 2009

3. Pengangkutan Udara

Pengangkutan udara merupakan cara pengangkutan yang cekap dan cepat tetapi kosnya mahal.

Laluan pengangkutan udara menghubungkan bandar-bandar utama negara di dunia.

Hampir semua negeri di Malaysia mempunyai perkhidmatan udara kecuali Perlis dan Negeri Sembilan.

Pengangkutan udara berperanan penting dalam menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Di Sabah dan Sarawak mempunyai lebih banyak lapangan terbang untuk perkhidmatan dalam negeri kerana:
a.Kebanyakan petempatan terletak di kawasan pedalaman
b.Kawasan yang luas dan bergunung-ganang
c.Pengangkutan darat yang kurang dimajukan

Perkhidmatan pengangkutan udara di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu, perkhidmatan domestik dan perkhidmatan antarabangsa.

Perkhidmatan pengangkutan udara domestik di Malaysia melibatkan penerbangan dalam negeri seperti dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Antara lapangan terbang domestik di Malaysia ialah seperti di Kepala Batas (Kedah), Ipoh, Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

Perkhidmatan pengangkutan udara antarabangsa di Malaysia menghubungkan Malaysia dengan bandar di luar negara seperti Tokyo, London, Paris dan Bangkok.

Lapangan terbang antarabangsa di Malaysia ialah:
a.Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor
b.Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang
c.Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor
d.Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah
d.Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
e.Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah

Pengangkutan udara di Malaysia dikendalikan oleh Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia, Syarikat Penerbangan Pelangi dan Penerbangan Sabah.

Terdapat juga syarikat penerbangan asing di Malaysia seperti Cathay Pasifik, Lufthansa dan British Airways.

Kepentingan Jaringan Pengangkutan Terhadap Pembangunan Di Negara Malaysia Dan Kanada



Malaysia - Sistem pengangkutan darat Malaysia sangat cekap, terdapat Lebuh raya Utara-Selatan dari utara ke selatan.

Jambatan dibina untuk menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar Semenanjung Malaysia.

Jaringan jalan kereta api dibina untuk menghubungkan kawasan pedalaman dan mengangkut hasil pertanian.

Terdapat banyak pelabuhan pesisiran pantai, perikanan, dan kontena untuk kemudahan perdagangan.

Di Sabah, terdapat Sungai Kinabatangan dan di Sarawak terdapat Sungai Rajang untuk menghubungkan kawasan pedalaman.

Pengangkutan udara membawa penumpang, mengangkut barangan, dan menggalakkan pelancongan serta menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar.

Kanada - Sistem pengangkutan darat maju, terdapat lebuh raya, Trans Canada Highway.

Sebuah jambatan dibina untuk menghubungkan New Brunswick dengan tanah besar, iaitu Jambatan New Brunswick.

Jaringan landasan kereta api sangat luas, kereta api digunakan untuk mengangkut barang pukal seperti gandum di Prairie.

Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan lebih banyak kawasan tanaman gandum.

Jalan Air St. Lawrence menggalakkan lahirnya industri baru di Tanah Pamah St. Lawrence dan bandar-bandar baru wujud di Montreal, Quebec, dan Ottawa

Pengangkutan udara digunakan untuk mengesan dan mengawal kejadian kebakaran, menghubungkan kawasan pedalaman, membawa penumpang, dan mengangkut barangan.


Kesan-kesan Perkembangan Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar

Pencemaran Udara

Pertambahan bilangan kenderaan di bandar-bandar telah meningkatkan kadar pencemaran udara.

Asap kenderaan seperti kereta dan lori boleh mencemarkan udara bandar-bandar di Malaysia.

Gas-gas yang mencemarkan udara yang dihasilkan oleh kenderaan ialah seperti nitrogen oksida, karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida.

Di samping itu, pencemaran udara juga boleh meningkatkan suhu atmosfera dan menjejaskan kesihatan penduduk seperti menyerang tisu sistem pemafasan manusia dan haiwan.

Kuala Lumpur mempunyai lebih kurang 1 juta kenderaan bermotor keluar masuk setiap hari untuk bekerja. Ini boleh menambahkan lagi pencemaran udara dan menyebabkan berlakunya jerebu.


Pencemaran Bunyi

Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang bising dan mencemarkan bunyi di bandar.

Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan lebuh raya selalu mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi mereka akan terganggu.

Selain itu, kerja-kerja pembinaan jalan raya dan lebuh raya juga boleh menghasilkan bunyi bising yang kuat.


Perubahan Landskap

Pembinaan sistem pengangkutan boleh mengubah landskap fizikal sesuatu kawasan.

Pembinaan lebuh raya atau melebarkan jalan raya boleh menyebabkan cerun bukit dipotong dan hutan-hutan ditebang dengan banyaknya.

Projek memotong dan menarah bukit boleh menyebabkan kejadian hakisan cerun.

Seterusnya apabila berlaku hujan lebat, air hujan boleh melonggarkan tanah dan menyebabkan berlakunya tanah runtuh

Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran

Langkah-langkah untuk mengurangkan kesan negatif perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar ialah:

- Memasang alat catalytic converter
- Pengurusan trafik yang lebih efisien
- Kawalan undang-undang
- Kempen kesedaran
- Menanam rumput di cerun

Pihak kerajaan menggalakkan penduduk yang memiliki kenderaan bermotor memasang alat catalytic converter pada ekzos kereta mereka.

Alat ini dapat menukarkan gas beracun kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida.

Selain itu, pihak kerajaan juga mengadakan pengurusan trafik yang lebih efisien di kawasan yang mempunyai kenderaan bermotor yang banyak seperti Kuala Lumpur.

Oleh itu, kerajaan mengadakan pelbagai jenis pengangkutan awam seperti Komuter, LRT dan KL Monorel untuk menggalakkan penduduk menggunakan pengangkutan awam pada waktu puncak seperti waktu pergi bekerja dan waktu lepas kerja.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan keadaan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara di kawasan bandar.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengadakan pelbagai undang-undang untuk mengurus alam sekitar seperti:
- Peraturan Kawalan Pelepasan 1996 daripada enjin diesel
- Peraturan Kawalan Pelepasan 1996 daripada enjin petrol
- Akta Kualiti Alam Sekitar 1978

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis juga mengadakan pelbagai kempen untuk mengurangkan pelepasan asap hitam daripada kenderaan berenjin diesel.

Pihak kerajaan juga selalu mengadakan kempen untuk menggalakkan penduduk berkenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum.

Di samping itu, kerajaan juga menggalakkan penduduk di kawasan bandar mengadakan amalan perkongsian kereta untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar.

Soalan
Pilih jawapan yang betul

1. Mengapakah jalan raya menjadi lebih penting daripada jalan kereta api?
A Lebih murah
B Penemuan enjin dan kenderaan bermotor
C lebih mudah digunakan
D Teknologi moden dalam pembinaan jalan raya

2. Jalan darat sukar direntasi pada masa dahulu kerana.....
I berhutan tebal
II terdapat gunung berapi
III berpaya
IV berbukit-bukau
IV berbukit-bukau

A I, II dan III
B I, II, dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3. Mengapakah sistem pengangkutan darat tidak penting di Sarawak?
A tiada hasil untuk dieksport
B sukar dibina
C pengangkutan air lebih penting
D kos tinggi

4. Antara berikut yang manakah mempengaruhi kepadatan jalinan pengangkutan sesuatu kawasan?
A Bentuk muka bumi
B Sumber kuasa
C Jenis barangan
D Kegiatan ekonomi

5. Antara berikut, kawasan yang manakah mempunyai kepadatan jaringan jalan raya yang maju dan padat?
A Kawasan pertanian
B Kawasan perlombongan
C Kawasan jarang penduduk
D Kawasan perindustrian

6. Malaysia sedang memajukan kemudahan telekomunikasinya kerana kegiatan
I perdagangan antarabangsa
II pelancongan
III pertanian ladang
IV perlombongan petroleum

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

7. Perkembangan dan kemajuan kemudahan pengangkutan laut akan menggalakkan perkembangan
A Perdagangan antarabangsa
B Perikanan
C Pelancongan
D Perlombongan petroleum

8. Antara berikut yang manakah matlamat pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)
A Membangunkan industri telekomunikasi dan teknologi maklumat tempatan
B Mempercepat pengangkutan penumpang
C Menggalakkan pengeluaran barangan kilang
D Mengukuhkan keselamatan negara

9. Malaysia dapat menerima siaran langsung televisyen dari luar negara melalui kemudahan
A Pos
B Satelit bumi
C Faksimili
D Telefon

10. Antara berikut faktor manakah yang menyebabkan perhubungan udara antara Malaysia dengan negara-negara jiran penting?
I keadaan bentuk muka bumi
II sifat kepulauan
III Jumlah barangan
IV taburan penduduk

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Perkembangan Sistem Perhubungan


Pengenalan
Di negara Malaysia, perhubungan awal bermula dengan adanya perkhidmatan pos. Namun, perkhidmatan pos hanya terhad dalam hal surat-menyurat. Kaedah ini menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke destinasinya.

Apabila alat-alat perhubungan yang moden dan lebih efektif fungsinya tercipta, sistem perhubungan di negara Malaysia turut berkembang. Telefon, telegraf, teleks, dan faksimili digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat dengan lebih cepat. Fungsinya sangat penting dalam aktiviti seharian penduduk negara Malaysia.

Perkembangan Sistem Perhubungan Di Malaysia

Sistem perhubungan diMalaysia berkembang pesat selepas merdeka. Faktor-faktor yang mempengaruhinya ialah perkembangan teknologi, dasar kerajaan, dan perkembangan sosioekonomi

Pengenalan dan pengunaan telefon selular, komputer dan internet telah meletakkanMalaysia sebaris dengan negara maju dalam bidang teknologi maklumat. Alat-alat perhubungan seperti Radio,Televisyen,Telefon,dan Komputer.

Radio
Bermula pada tahun 1950-an. Beroperasi sementara di Jalan Young ( kini Jalan Cenderasari ) di Kuala Lumpur. 1956, telah berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Oktober 1969, Angkasapuri dimulakan. Radio dan televisyen digabungkan di bawah Kementerian Penerangan.

Televisyen


1963 televisyen hitam putih telah dilancarkan. 1978 siaran berwarna dilancarkan. Pembinaan satelit bumi di Kuantan dan Melaka, siaran langsung dari luar negeri diadakan melalui TV1 dan TV2 .TV3 ditubuhkan pada 1984 dan NTV7 pada 1998 .Satelit Malaysia MEASAT 1 dan MEASAT II dilancarkan pada tahun 1996 .Terdapat juga sebuah stesen televisyen baru iaitu ASTRO (Siaran TV Berbayar)

Telefon


Bermula selepas 1960-an. Bermula dengan kabel darat kini telah berkembang kepada kabel selular. Semenanjung Malaysia dihubungkan dengan Sabah dan Sarawak menerusi kabel laut antara Kuantan dengan Kuching. Ini membolehkan sambung jauh terus dail (STD) dijalankan seluruh negara. Projek Kabel Pulau Pinang- Medan dan Kabel Asean menghubungkan Malaysia dengan Thailand, Singapura dan Indonesia. Satelit Antarabangsa iaitu Intelsat IV-A dan Intelsat V mengendalikan telekomunikasi di asia. Kini gentian optik telah dicipta untuk menggantikan wayar kuprum yang terhad kapasitinya.

Komputer


Bermula dengan komputer peribadi (PC). Alat untuk menyimpan dan memproses maklumat.
Internet diperkenalkan dengan laman web teks, visual dan audio. Terdapat juga e-mel dan mel elektronik . Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC) untuk memajukan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT). Perkembangan ini telah memajukan pelbagai bidang seperti e-kerajaan, tele-perubatan, e-learning, e-village, e-dagang, e-sidang. ICT juga telah menyebabkan wujudnya kad pintar atau MyKad.

Perbandingan Kepentingan Sistem Perhubungan Di Negara Malaysia Dan Kanada



Malaysia
Semenanjung Malaysia terpisah daripada sabah dan Sarawak oleh Laut China Selatan yang memerlukan sistem perhubungan yang baik untuk pembangunan. ICT penting untuk ekonomi. ICT penting dalan bidang pendidikan contonnya Universiti Multimedia dan UNITAR. Terdapat tele-perubatan contohnya Hospital Selayang. Terdapat MSC(Multimedia Super Corridor). MSC-Mutimedia Super Corridor terletak antara Kuala Lumpur dan KLIA. Bandar penting ialah Putrajaya dan Cyberjaya .Menara Kuala Lumpur -
Menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia (421m) .Berfungsi sebagai stesen transmisi untuk telekomunikasi,radio dan TV.

Kanada
Salah sebuah negara terbesar di dunia yang sebahagian besar kawasan
utaranyaterpencil. ICT penting dalam ekonomi. ICT semakin penting dalam pendidikan contohnya di beberapa universiti. Perkhidmatan tele-perubatan banyak terdapat di Kanada. Terdapat NIT(Niagara International Teleport). NIT-Niagara International Teleport. Terletak di Jambatan Peace antara Amerika Syarikat dan Kanada. Bandar penting ialah Fort Erie Menara
CN-Menara telekomunikasi yang tertinggi di dunia (553m) Memberi perkhidmatan telekomunikasi yang cepat dan cekap

Kesan Perkembangan Sistem Perhubungan Di Malaysia

Kesan-kesan Positif

1. Wujudnya dunia tanpa sempadan
Sempadan dan jarak bukan halangan untuk kegiatan ekonomi,pendidikan dan penyelidikan. Dunia merupakan pasaran besar yang mudah didekati.
maklumat dan perkhidmatan boleh diakses dengan mudah,cepat dan murah Dikenali sebagai globalisasi

2. Kegiatan ekonomi dapat diperluaskan
ICT dalam kewangan, pengangkutan, pendidikan dan pentadbiran akan lebih berkesan dan cekap. Contohnya, bank-bank telah menggunakan ICT melalui ATM

3. Perkhidmatan 'On-line' memberi banyak kemudahan
Contohnya, boleh memperbaharui lesen memandu atau membayar bil-bil yang pelbagai di mana-mana pejabat pos yang dilengkapi dengan komputer.

4. Memberikan perkhidmatan yang baik
Penggunaan ICT dalam penerbangan,perkapalan dan kereta api memberi perkhidmatan yang lebih cepat,selamat dan mudah. Dari segi pendidikan pula, CD-ROM dan e-learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Kesan-kesan Negatif

1. Pengaruh budaya asing
Proses globalisasi mendedahkan penduduk negara kita kepada budaya asing yang mungkin bercanggah dengan budaya kita.

2. Pengaruh maklumat palsu
Penyalahgunaan internet membazirkan masa dalam permainan video,'chatroom' dan sebagainya. Laman-laman web juga disogok dengan maklumat yang salah maklumat juga boleh terdedah kepada bahaya ancaman seperti diintip,dipintas,dipinda atau diolah.
Mungkin juga terjadi serangan virus yang membawa banyak kerugian

3. Pengangguran
Penggunaan ATM boleh menyebabkan keperluan pekerja berkurangan di bank.

Langkah-langkah Untuk Mengurangkan Kesan Negatif

1. Pengawalan
Dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa. Negara kita berhati-hati dalam usaha membangunkan ekonominya dalam dunia tanpa sempadan. Salah satu caranya ialah meningkatkan taraf ICT di kalangan penduduk

2. MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan)
Bertanggungjawab ke atas keselamatan ICT di sektor awam. Dasar Keselamatan ICT Sektor Awam dan Standard Keselamatan ICT boleh dijadikan sebagai panduan untuk pengguna internet. Akta Siber pula untuk mengawal penyalahgunaan ICT.Contohnya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Undang-undang Siber Malaysia.

Rumusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...