08 Julai 2009

Keperluan Pengangkutan Dan Perhubungan Awal

Pengenalan
Sejak bermulanya tamadun manusia, pengangkutan dan perhubungan penting untuk manusia bergerak bagi mengangkut barang dan berutus maklumat antara kelompok. Pada masa itu jenis pengangkutan yang digunakan ialah binatang dan perahu. Peningkatan interaksi antara manusia dalam kegiatan ekonomi menyebabkan keperluan terhadap pengangkutan dan perhubungan semakin meningkat.

Jalan Darat
1. Pada peringkat awal, lorong dan denai digunakan untuk kegunaan kereta lembu dan kereta kuda. Kebanyakan jalan awal tertumpu di tepi sungai kerana kawasan ini rata jika dibandingkan dengan kawasan pedalaman yang bergunung-ganang dan berhutan tebal.

2. Masyarakat menggunakan jalan darat untuk mencari hasil hutan.

Jalan Air
1. Jenis pengangkutan ini sangat penting kerana tumpuan penduduk adalah di tepi sungai.

2. Jalan air penting untuk mengangkut penumpang dan mengangkut hasil pertanian.

3. Perahu, rakit, dan jong digunakan untuk mengangkut barangan dan orang.

Perhubungan
1. Perhubungan pada peringkat awal tidak maju.

2. Isyarat asap dan bunyi digunakan untuk menghantar maklumat.

3. Api digunakan untuk mengeluarkan asap ke udara, manakala batang kayu, beduk digunakan untuk mengeluarkan bunyi.

4. Cara-cara di atas digunakan untuk memberi isyarat dan tujuan keselamatan.

Keperluan Pengangkutan Awal Zaman Penjajah


1. Jalan Darat

Semasa zaman penjajahan, tumpuan diberikan kepada jalan kereta api untuk mengangkut bijih timah:
a. Taiping ke Port Weld (landasan kereta api pertama)
b. Seremban ke Port Dickson
c. Kuala Lumpur ke Port Swettenham
d. Tenom ke Jesselton (mengangkut hasil pertanian)

Jalan raya dibina di kawasan pedalaman untuk mengangkut hasil pertanian atau hasil perlombongan.

Pembinaan lebih banyak jalan raya menyebabkan Iori dan bas diperkenalkan. Kenderaan ini penting kerana dapat mengangkut barang pukal.

2. Jalan Air
Jalan air digunakan untuk mengangkut barang makanan dan mesin.

Penggunaan kapal wap diperkenalkan semasa kemasukan imigran dari Negara China dan India.

Tongkang digunakan untuk mengangkut bekalan makanan, jentera, dan buruh.

Beberapa pelabuhan telah dibuka seperti Pelabuhan Labuan, Pelabuhan Swettenham, dan Pelabuhan Pulau Pinang.

3. Perhubungan

Telegraf diperkenalkan (1876) dan talian telegraf dibina di sepanjang landasan kereta api.

Perkhidmatan pos yang pertama dibina di Pulau Pinang.

Tujuan perkhidmatan pos ialah pengendalian surat, penghantaran dokumen perniagaan, dan bungkusan.

Perkhidmatan telefon (1886) diperkenalkan di Negeri-negeri Selat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...