22 September 2009

Bentuk Muka Bumi Dan Potensinya

Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi Di Malaysia
Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang indah. Terdapat tanah tinggi, tanah pamah, lembangan sungai dan pinggir laut. Kawasan bukit, gunung dan banjaran membentuk kawasan tanah tinggi. Malaysia mempunyai banyak banjaran, contohnya Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker dan Banjaran Kapuas Hulu yang bergunung-ganang. Ketinggian gunung-ganang ini berbeza-beza (Lihat peta di bawah).



Rangkaian Banjaran Gunung Di Malaysia
Pada umumnya, Malaysia adalah sebuah negara yang bergunung-ganang.

Kawasan tanah tinggi yang terdapat di Malaysia ialah di sekitar:
-Bahagian tengah Semenanjung Malaysia
-Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak

Kawasan tanah tinggi mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

Semenanjung Malaysia
1 Banjaran Nakawan
2 Banjaran Kedah-Singgora
3 Banjaran Bintang
4 Banjaran Keledang
5 Banjaran Titiwangsa/Besar
6 Banjaran Benom
7 Banjaran Tahan
8 Banjaran Pantai Timur

Sabah
9 Banjaran Crocker
10 Banjaran Trus Madi
11 Banjaran Witti
12 Banjaran Maitland
13 Banjaran Brassey

Sarawak
14 Banjaran Tama Abu
15 Pergunungan Iran
16 Pergunungan Hose
17 Banjaran Kapuas Hulu
18 Banjaran Kelikang

Kawasan Tanah Pamah
Kawasan tanah pamah di Malaysia biasanya terletak di lembah-lembah sungai dan berhampiran dengan pinggir laut. Kawasan-kawasan tanah pamah yang utama ialah:

1 Dataran Pantai Timur
Dataran Pantai Timur yang luas dan subur terdiri daripada:
- Delta Kelantan
- Delta Terengganu
- Delta Pahang

2 Dataran Pantai Barat
Dataran Pantai Barat menganjur dari utara negeri Perlis hingga ke selatan negeri Melaka. Dataran ini termasuk:
Dataran Kedah - Perlis
Dataran Hilir Sungai Perak
Dataran Pantai Selangor
Dataran Pantai Johor
Dataran Seberang Perai

3 Dataran Selatan
Dataran di selatan Semenanjung Malaysia pula adalah :
Beralun, berbukit-bakau dan juga berpaya.Sebahagian besar kawasan ini ditanami dengan getah, kelapa sawit dan nanas.

4 Kawasan tanah pamah di Sabah dan Sarawak
Dataran pantai timur Sabah lebih lebar, tetapi sebahagian besarnya berpaya. Dataran pantai barat Sabah lebih maju walaupun sempit dan terputus-putus.

Kawasan tanah pamah yang luas di Sabah terdapat di :
- Sekitar Sungai Kinabatangan
- Semenanjung Semporna
- Bahagian hilir Lembah Segama
- Sekitar Sungai Labuk dan Sungai Segama

Dataran pantai Sarawak adalah lebar iaitu antara 30 - 65km lebarnya. Ia terdiri daripada delta-delta yang luas dan bertanih lanar seperti:
- Delta Rajang
- Delta Baram

Delta-delta ini adalah kawasan tanaman padi yang utama. Delta Rajang adalah dataran yang terpenting di Sarawak.

Dataran pantai timur Sabah lebih lebar, tetapi sebahagian besarnya berpaya. Dataran pantai barat Sabah lebih maju walaupun sempit dan terputus-putus.

Kepentingan kawasan tanah pamah
- Sebagai kawasan pertanian
- Sebagai kawasan perlombongan
- Sebagai tapak petempatan
- Sebagai tumpuan jalan raya dan jalan keretapi

Kawasan Pinggir Laut
Malaysia terletak di dalam kawasan Pentas Sunda. Oleh itu laut di sekeliling Malaysia adalah cetek dan kedalamannya adalah lebih kurang 180 meter. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hakisan Ombak
Faktor:
- Halaju angin
- Kecerunan Pantai
- Struktur batu-batan
- Jenis batu batan - keras/lembut

Tindakan:
- Lelasan
- Larutan
- Lagaan
- Hidrol

Jenis Tindakan:
- Ombak memusnah
- Ombak membina

Jenis Hakisan
Hidrol:
Air masuk ke dalam rekahan - memampatkan udara - tekanan keatas batuan - rekahan – pecah - Air mengundur - udara mengembang

Lagaan:
Bahan yang dibawa berlanggar antara satu dengan yang lain

Lelasan:
Bahan yang dibawa bergesel dengan pinggir laut

Larutan:
Tindakan kimia, contoh batu kapur larut dalam air laut

Bentuk-bentuk muka bumi di kawasan pinggir laut hasil tindakan ombak adalah:

Tebing Tinggi











Pola Saliran

Sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya. Kawasan yang disaliri oleh sungai utama dan cawangannya dinamakan lembangan sungai. Cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan yang lain dikenali sebagai pola saliran. Terdapat beberapa pola saliran iaitu pola reranting, jejala, selari, gegelang dan jejari.


Pola Saliran Reranting
Berbentuk seperti ranting pokok
Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama pada sudut kurang dari sudut tepat
Terdapat di kawasan yang mempunyai batuan yang sama kekerasan.
Contoh: Sungai Pahang, Sungai Kelantan, Sungai Rajang


Pola Saliran Jejala
Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut serta berselang-seli.
Anak-anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut.
Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat iaitu
Contoh: Sungai Perak


Pola Saliran Selari / Sejajar
Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu sama lain.
Terdapat di cerun curam
Contoh: Sungai Kinabatangan


Pola Saliran Gegelang
Cawangan-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah.
Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai.


Pola Saliran Jejari / Sepunca
Berbentuk seperti jejari roda
Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung.
Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah.
Contoh: Dapat dilihat di Gunung Benom


Sungai Dan Tasik Di Malaysia
Profil Panjang Dan Rentas Sungai

Sungai Dan Tasik Di Malaysia
Sungai Pahang (400 km) ialah sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia. Sungai Rajang (563km) ialah sungai terpanjang di Sarawak dan di Malaysia. Sungai Kinabatangan (560 km) ialah sungai terpanjang di Sabah.
Ciri-ciri saliran

Sungai-sungai di Malaysia sentiasa menakung banyak air kerana negara kita menerima hujan yang lebat sepanjang tahun. Sungai-sungai ini berpunca dari kawasan tanah tinggi dan mengalir di antara banjaran gunung :

Mengikut arah barat ke timur di Sabah dan Sarawak.
Mengikut arah utara ke selatan di Semenanjung Malaysia.

Kepentingan sungai-sungai di Malaysia
Sempadan semulajadi, contohnya Sungai Bernam antara Perak dan Selangor.
Sebagai jalan pengangkutan, contoh Sungai Kinabatangan boleh dimudiki sejauh 100 km dari muaranya.

Sebagai jalan pengangkutan untuk menghanyutkan balak dari kawasan pembalakan di pedalaman ke kilang atau ke pelabuhan.

Membekalkan air ke kawasan tanaman padi, misalnya Rancangan Pengairan Muda dan Rancangan Pengairan Kemubu.

Membekalkan air untuk menjana kuasa hidro elektrik seperti Empangan Chenderoh dan Empangan Temenggor.

Sumber ikan, ketam dan udang air tawar bagi penduduk tempatan.
Membekalkan air ke kilang serta untuk keperluan harian.

Tasik-tasik yang terdapat di Malaysia terbahagi kepada 2 jenis:
Tasik semulajadi (contohnya Tasik Bera dan Tasik Chini).
Tasik buatan manusia (contohnya Tasik Kenyir, Tasik Chenderoh, Tasik Temenggor).

Tasik-tasik ini penting sebagai:
- Sumber ikan air tawar.
- Sumber bekalan air.
- Tempat rekreasi dan pelancongan.
- Pusat penjanaan kuasa hidroelektrik (Tasik Kenyir).

Soalan

1.
Huraian di atas mungkin sekali tentang tasik di kawasan bertanda
A P
B Q
C R
D S

2.
Antara berikut sungai manakah yang paling tepat mewakili huraian di atas?
A I
B II
C III
D IV

3.
Antara berikut yang manakah kesan daripada kegiatan di atas?
I Hakisan tanah
II Ketandusan tanih
III Banjir di bahagian hilir sungai
IV Pencemaran udara

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

4.
Antara berikut pasangan yang manakah benar ?
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

5.
Antara berikut pernyataan manakah yang menerangkan tentang kawasan berlorek?
I Ketinggian kurang daripada 100 meter
II Kawasan penanaman padi
III Kawasan perlombongan petroleum
IV Jenis tanih laterit

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

6.
Pernyataan di atas mungkin sekali merujuk kepada banjaran yang bertanda
A I
B II
C III
D IV

7.
Antara berikut gunung manakah yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas ?
A Gunung Korbu
B Gunung Murud
C Gunung Kinabalu
D Gunung Terus Madi

8.
Berdasarkan peta di atas, gunung yang dihuraikan ialah
A I
B II
C III
D IV

9.
Kawasan berlorek dalam rajah di atas menunjukkan
A Banjaran Benom
B Banjaran Bintang
C Banjaran Keledang
D Banjaran Titiwangsa

10.
Antara berikut pernyataan manakah yang berkaitan dengan banjaran berlorek dalam peta di atas ?
I Kawasan tadahan air
II Kaya dengan longgokan bauksit
III Suhunya yang sejuk dan nyaman
IV Pertanian pindah dijalankan secara meluas.

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

Potensi Dan Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan ManusiaPengenalan
Negara kita mempunyai kawasan tanah tinggi yang nyaman suasananya, tanah pamah yang subur, pantai yang indah dan sungai-sungai yang banyak membekalkan air sepanjang tahun. Bentuk-bentuk muka bumi ini mempunyai potensi yang baik serta dapat dimajukan untuk mendatangkan manfaat kepada kehidupan kita. Namun ada juga yang menjadi halangan kepada kegiatan harian kita. Dalam unit ini, kita akan mengkaji potensi-potensi dan halangan-halangan tersebut.

Potensi Kawasan Tanah Tinggi
Kawasan tanah tinggi di negara kita memainkan peranan penting terhadap kegiatan manusia dan pembangunan negara. Antara potensi atau kepentingan tanah tinggi terhadap kegiatan manusia dan pembangunan negara ialah sebagai;


A Pusat peranginan / pelancongan
Kawasan tanah tinggi yang indah, pemandangan yang menghijau serta udara yang nyaman dan segar sesuai dibangunkan sebagai pusat peranginan atau pelancongan.

Contoh kawasan tanah tinggi yang dibangunkan sebagai pusat pelancongan ialah:
-Tanah Tinggi Genting
-Tanah Tinggi Cameron
-Bukit Larut
-Bukit Bendera
-Gunung Kinabalu
-Gunung Ledang
-Gunung Tahan

Selain itu, gua batu kapur yang indah dan menarik di sesetengah bukit atau gunung juga dimajukan sebagai pusat pelancongan. Misalnya:
-Gua Niah (Sarawak)
-Gua Mulu (Sarawak)
-Gua Sam Poh (Perak)
-Batu Caves (Selangor)

Kawasan tanah tinggi yang dimajukan sebagai pusat peranginan dapat menambahkan peluang pekerjaan dalam bidang perhotelan, agensi pelancongan dan perniagaan cenderahati.

Pertambahan bilangan pelancong akan menyebabkan pendapatan negara meningkat.


B Kawasan tadahan
Kawasan tanah tinggi yang diliputi oleh hutan tebal adalah penting sebagai kawasan tadahan. Kawasan tadahan merupakan kawasan tanah tinggi yang merupakan punca sungai kerana menerima hujan yang lebat.

Contoh sungai yang berpunca dari kawasan tanah tinggi di Malaysia ialah:
-Sungai Pahang (Banjaran Titiwangsa)
-Sungai Perak (Banjaran Bintang)
-Sungai Kinabatangan ( Banjaran Brassey)
-Sungai Rajang (Banjaran Iran)

Kawasan tanah tinggi penting dalam menjamin sumber bekalan air untuk kegiatan:
-Demenstik
-Pertanian
-Perindustrian
-Perlombongan

C Kawasan penjana kuasa hidroelektrik
Kawasan tanah tinggi yang disaliri oleh sungai yang deras dapat dimajukan untuk menjana kuasa hidroelektrik.

Antara empangan yang dibina di kawasan tinggi untuk menjana kuasa hidroelektrik di negara kita ialah:
-Empangan Temenggor
-Empangan Chenderoh
-Empangan Kenyir
-Empangan Batang Ai
-Empangan Tenom Bangi

Penjana kuasa hidroelekrik di kawasan tanah tinggi dapat menjamin sumber bekalan kuasa ke rumah, pejabat dan kilang dalam negara. Selain itu, dengan adanya kuasa hidroelektrik, negara kita dapat mengurangkan import petroleum bagi menjimatkan perbelanjaan negara.


D Kawasan penanaman tanaman hawa sederhana
Kawasan tanah tinggi di Malaysia sesuai untuk penanaman tanaman hawa sederhana. Keadaan ini adalah kerana kawasantanah tinggi mempunyai cerun yang landai dan bersaliran baik serta mengalami iklim sederhana dengan min suhu C.

Kawasan tanah tinggi yang ditanam dengan tanaman hawa sederhana di Malaysia ialah:
-Tanah Tinggi Cameron
-Tanah Tinggi Kundasang

Tanaman-tanaman utama yang ditanam adalah:
-Teh
-Sayur-sayuran
-Bunga-bungaan
-Buah-buahan

Antara sayur-sayuran utama yang diusahakan ialah tomato, kubis, bunga kubis dan sawi. Hasil tanaman di kawasan tanah tinggi dapat dieksport ke luar negara untuk menambah pendapatan negara. Penanaman tanaman hawa sederhana juga dapat menambahkan bekalan makanan tempatan. Selain itu, ia juga dapat menyediakan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan penduduk di kawasan desa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...